Khamis, Januari 12, 2017

Dewan Pemuda PAS Kelantan menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, akan datang.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bekas Perdana Menteri Malaysia itu kini dianggap sebagai bukan satu faktor yang penting dan juga dillihat sebagai tidak relevan dalam Politik Negara.
“Bagi kita Dr Mahathir bukan lagi faktor penting dalam politik dan PAS sendiri sudah buat keputusan tiada sebarang kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.
“PPBM masih mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan PAS dan jika kenyataan Dr Mahathir boleh menyebabkan kerugian kepada parti itu saya rasa ahlinya boleh buat keputusan sendiri,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek kepada usahawan muda di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kritikan keras yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir terhadap ulama dan mufti tetapi dalam masa yang sama tetap berhasrat untuk menjalinkan kerjasama Politik dengan PAS.

Ahmad Fadhli turut menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa kerjasama dengan PPBM boleh dilakukan namun menolak jika ia dilakukan bersama Dr Mahathir.

Mohd Amar berkata sebelum ini PAS tidak pernah mendapatkan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu dan tidak juga mengharapkannya (nasihat) di masa hadapan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping