Isnin, Februari 27, 2017

Heh! Apa yang nak diherankan sangat dengan pemimpin PKR ni ye tak. Diorang ni setakat pandai bercakp je. Tapi hakikatnya, diorang ni leboh teruk dari apa yang cuba dipamerkan selama ini.

Kot kalau selama hari ini, rajin sangat diorang buat tuduhan yang bukan - bukan terhadap orang lain dan cuba mempamerkan seolah - olah diorang tu terlalu 'Maksum' dan 'Suci' dari melakukan dosa.

Kalau dulu, diorang la yang beria berjuang untuk menegakkan ketelusan dan keadilan. Tapi sekarang diorang pulak yang sibuk menjadi juara ketirisan dan sibuk merebut harta kekayaan.

Bekas pemimpin kanan PKR, Si Chagubard yang dipecat parti mengakui, mereka yang berada dalam PKR sekarang terdiri daripada sekelompok anak muda yang sibuk mengumpul kekayaan dengan rakus. 

Katanya, perkara itu dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa siri pendedahan dan skandal yang terpalit membabitkan individu yang ada di sekeliling Timbalan Presidennya, Azmin Ali.
“Pertama kenapa tiba-tiba korupsi itu berlaku di kalangan kita tapi kita diam. Yang kedua kita melihat orang yang selama ini berjuang bersungguh-sungguh nak lihat PKR ini kuat akhirnya terus tertinggal tapi ada sekelompok anak muda yang tamak dan rakus duduk di sekeliling MB, Azmin Ali,” kata Badrul Hisham kepada MalaysiaGazette.
Kenyataan itu merujuk kepada satu persatu individu anak muda yang berada disekeliling Azmin yang hidup bermewah-mewahan dan dilaporkan memiliki harta kekayaan yang cukup luar biasa.

Bermula daripada rumah agam ala Disneyland yang dimiliki Anak Ikan Mak Lampir merangkap Ketua AMK Ampang sehingga pendedahan terbaharu berhubung kekayaan pegawai khas Azmin.
“Saya melihat benda ini PKR sedang menuju lebih teruk dari UMNO, kalau kita kata UMNO itu teruk PKR itu sebenarnya lebih teruk dari UMNO dalam merebut harta kekayaan,” dakwa beliau.
Dalam pada itu, Si Chagubard tu juga menyelar tindakan Rafizi yang sibuk berjuang melawan ketirisan, tetapi pada masa sama, hidup mewah dan mempersoalkan jam mewah milik Ahli Parlimen Pandan itu.
“Saya dedahkan secara berani dan terbuka, saya orang pertama yang tanya jam Rafizi dahulu dan saya juga dedahkan jam beliau bernilai ratusan ribu.
“Selain itu, saya juga dedahkan mengenai seorang budak yang berdemonstrasi di SUK menghalang demonstrasi van mayat oleh Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Seri Jamal Yunos, dimana kita dapat cari budak ini dan melihat mereka hidup dengan penuh kemewahan dan saya mendapati rupa-rupanya maklumat yang diperoleh dia ini terlibat dalam projek angkut sampah,” katanya lagi.
Pokok pangkalnya, pemimpin dikalangan puak PKR tu sekarang hanya sekadar menjadi 'Syaitan Bisu' kerana BACUL nak menegakkan kebenaran yang selama ini diperjuangkan. Itu baru dapat kuasa diperingkat Negeri. Kalau dapat memerintah Negara, alamat jahanam la jawabnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping