Isnin, Mac 20, 2017

Pembangkang di Malaysia bukan seperti pembangkang yang ada di Negara lain. Pembangkang di Negara lain melakukan apa yang sepatutnya dilakukan dan bukan sehingga bertujuan untuk meranapkan Negara sendiri.

Pembangkang dinegara lain bersama dengan kerajaan dalam setiap perkara yang menguntungkan rakyat, menyokong dasar dasar yang berkepentingan untuk Negara dan rakyat, sokongan diberikan kepada kerajaan dalam usaha tersebut.

Tidak di Malaysia, pembangkang yang sedaia ada adalah sekumpulan ahli politik yang sanggup memburukkan Negara sendiri dan  sanggup menumbangkan kerajaan sedia ada dan bukan memberikan idea yang terbaik jika satu satu idea tersebut dilihat mempunyai impak yang tidak menjurus kepada  kepentingan bersama.

Baru baru ini, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah membuat  tuduhan terhadap MCA yang didakwa telah menggunakan wang kerajaan persekutuan tanpa memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina.

Tuduhan yang amat serius dilakukan oleh , Ahli Parlimen DAP Segambut tersebut telah menjurus kepada  tindakan balas daripada Ketua Biro Guaman, Datuk Tay Puay Chuan yang mewakili  MCA yang mana telah memberikan masa 7 hari kepada Lip Eng untuk menarik semula tuduhan tersebut.

Kegagalan Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng untuk berbuat demikian akan menjurus kepada satu tindakan perundangan  dikenakan terhadap Lip Eng.

Hasil siasatan yang dilakukan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Lip Eng pada Rabu lalu, barisan pasukan guaman MCA membuat kesimpulan bahawa ianya satu fitnah. Fitnah tersebut yang mana akan mencemarkan intergriti organisasi politik dan kepimpinan yang menerajui MCA.

Menurut Ketua Biro Guaman, Datuk Tay Puay Chuan tindakan perundangan ini restu daripada MCA dan akan menteruskan kepada tuntutan mahkamah kalau Lip Eng tidak menarik semula kenyataannya.
“MCA menetapkan semua tuntutan yang dibuat kepada Mahkamah akan diberi kepada sekolah Cina di negara ini,” kata Puay Chuan dalam satu sidang media di Wisma MCA pada Jumaat.
“Kita akan buat sidang media dan suratkhabar sebelum mengambil mengambil langkah prosedur undang-undang dan notis tuntutan. Kalau dia tetap tidak respon kita teruskan dengan sivil action and ask for damages,” katanya.
Rabu lalu, DAP menggesa MCA mengisytiharkan aset parti itu kepada umum, berikutan kegagalan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina.

Lip Eng berkata tindakan ini bagi membuktikan sama ada MCA adalah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib kaum Cina di dalam negara atau sebaliknya hanya menggunakan wang kerajaan persekutuan semata-mata. - seterusnya...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping