Selasa, Mac 14, 2017

Nampak gayanya, nyawa PKR kini sama seperti sedang berada dihujung tanduk apabila PAS sedang berat mempertimbangkan untuk mengkaji semula Tahaluf Siyasi yang dibuat sebelum PRU yang lalu.

Jika sebelum ini, PAS telah memutuskan hubungan dengan DAPigs berikutan beberapa tindakan buruk yang diambil oleh parti Ultra Chauvanist itu ketika bergabung dalam Pakatan.

Antara lainnya, DAPigs tampil mempertikaikan dasar perjuangan PAS yang mahu memperkasakan undang - undang Syariah dan mencadangkan agar Akta RUU 355 dipinda bagi Negeri Kelantan.

Selain itu, DAPigs juga turut mempersoalkan tindakan PAS yang enggan akur dengan keputusan pucuk pimpinan Pakatan untuk melaksanakan agenda Langkah Kajang sebelum ini.

Alasan dan perlakuan buruk DAPigs terhadap PAS itu yang membuatkan pucuk pimpinan PAS mula muak dan terasa seolah - olah DAPigs cuba menjadi parti dominan dalam Pakatan.

Bahkan sehingga membuatkan pucuk pimpinan parti itu mengambil keputusan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan mana - mana pihak yang masih kekal bersekongkol bersama DAPigs.

Namun, pendirian dan keputusan pucuk pimpinan PAS itu telah menyebabkan wujudnya kepincangan serta perbalahan dalaman parti sehingga menyebabkan wujudnya parti PAN sebagai Barua DAPigs.

Kini, PAS menyasarkan sasaran mereka terhadap PKR yang juga turut dilihat sebagai sekutu kuat DAPigs dalam Pakatan yang sering kali tampil dengan dakwaan buruk terhadap parti itu.

Bagi sesetengah pihak, sehingga ke hari ini, tidak ada seorang dikalangan pemimpin tertinggi PKR yang berani tampil mempertahankan PAS dari terus diserang oleh DAPigs dan PAN.

Sebaliknya, kepimpinan PKR dilihat ada yang turut serta menyerang PAS dan melabelkan parti itu sebagai Pengkhianat secara terang - terangan. Bahkan, ada juga yang hanya mendiamkan diri.

Secara umumnya, semua orang sedia maklum bahawa kekuatan serta kewujudan PKR selama hari ini banyak bergantung kepada sokongan pengikut - pengikut PAS diperingkat akar umbi.

Maka secara hakikatnya, jika PAS memutuskan hubungan kerjasama Politik mereka dengan PAS, maka sudah pasti PKR akan lumpuh memandangkan parti itu tidak mempunyai akar umbi yang kuat.

Secara kesimpulannya, adalah sangat wajar sekiranya PAS mengambil tindakan untuk tidak mempedulikan PKR yang sejak kebelakangan ini dilihat semakin 'Sombong' dan 'Angkuh' membuat dakwaan terhadap pemimpin PAS. Orang yang sombong ni jangan dilayan sangat!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping