Jumaat, Mac 24, 2017

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyelar Tan Sri Annuar Musa berhubung cadangannya mengadakan pertandingan esei mengenai Lim Kit Siang, dengan melabelnya sebagai kebudak-budakan dan tidak perlu.
“Perbuatan tidak wajar ini dilakukan oleh ahli Parlimen senior dan bekas menteri. Tidak patut dilayan kerana kita sepatutnya menganjurkan hubungan antara budaya dan menghentikan politik kebencian dan perkauman,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas forum di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur-Selangor di sini, malam tadi.
Semalam, Annuar mengeruhkan lagi perbalahan umum dengan Lim dengan menawarkan hadiah RM10,000 dalam pertandingan menulis esei untuk membuktikan ketua Parlimen DAP itu rasis, anti Islam dan diktator.

Ketua penerangan Umno itu berkata artikel itu haruslah mempunyai kaitan dengan penasihat DAP itu dan diberi tajuk “Adakah benar Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator?”.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga menggesa individu yang membuka akaun Instagram, penulisan blog atau artikel berkaitan Kit Siang, supaya menghantarkan bahan berkenaan di pejabatnya di PWTC sebelum 30 Mei ini.
“Saya melihatnya hanya sebagai tindakan provokasi daripada pihaknya. Beliau patut malu dengan dirinya kerana sebagai ahli Parlimen senior dan bekas menteri, begini contoh yang ditunjukkan beliau kepada rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
IRONIKnya, Si Nurul Izzah tu tak nak pulak sebut yang Si Apek Kit Siang tu takut nak ambik tindakan undang - undang dan memfailkan saman terhadap Tan Sri Annuar Musa. 

Sebelum ini, Annuar pada sesi perbahasan didalam sidang Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan dan menggelarkan Kit Siang sebagai rasis, anti Islam dan diktator politik berdasarkan tindak-tanduknya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu bagaimanapun mencabar Annuar untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan sekali lagi di luar Dewan Rakyat dan terus disambut Annuar yang berulang kali mengatakan Lim rasis, anti Islam dan diktator.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping