Rabu, April 19, 2017

Kekuatan dan kelemahan sesebuah parti itu sedikit sebanyak bergantung kepada kemampuan yang dimiliki oleh pucuk pimpinnya. Perkara itu memang tidak dinafikan hakikatnya.

Pokok pangkalnya, berjaya atau tidak sesebuah parti itu untuk bertahan adalah dibawah tanggungjawab seorang Presiden parti. Jika parti itu lemah, bermakna pucuk pimpinannya juga lemah.

Tapi kalau Presiden tu hanya jadi 'Tunggul Kayu' dan Boneka kepada orang lain, maka semakin cepat la sesebuah parti itu akan kecundang dalam pertempuran di medan Politik tempatan.

Perkara itu dapat kita lihat dengan jelas apabila perebutan kuasa berlaku dalam PKR pada ketika ini. Konflik dan kemelut dalaman parti itu memang sudah menjadi satu 'Rahsia Umum'.

Bahkan perebutan kuasa diantara Kem Wan Azizah dan Kartel Azmin tu juga berlaku secara terbuka walaupun mereka cuba untuk menafikan kononnya wujud perbalahan sesama mereka.

Secara tidak lansung, kemelut itu berlaku akibat kelemahan pucuk pimpinan parti tersebut. Yang menjadi Presidennya hanya sekadar 'Tunggul Kayu' yang tak mampu mengawal anak buahnya sendiri.

Itu parti yang dah agak lama ditubuhkan atas dasar dendam dan benci terhadap kepimpinan Negara. Jelas parti seperti itu tidak mempunyai sebarang hala tuju dalam perjuangannya.

Maka tak hairan la sekiranya parti PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin itu juga turut mengalami nasib yang sama seperti PKR. Ianya juga bukti kelemahan pucuk pimpinan parti itu sendiri.

Buat kalinya, sudah berapa kali kita dengar dan baca berita mengenai ahli yang bertindak keluar dari parti itu sejak ianya ditubuhkan? Tidakkah itu bukti kelemahan pemimpin parti itu sendiri?

Antara lain, alasan yang sering kita dengar ialah mengenai amalan Nepotisme dan Kronisme yang menjadi dasar parti itu sejak kebelakangan ini menjadi punca utama ahli bertindak sedemikian.

Soalnya, apa tindakan yang telah diambil oleh Presiden untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku pada ketika ini? Apa langkah yang telah dibuat bagi mengelak berlakunya kepincangan dalam parti itu sendiri? Kalau setakat jadi 'Tunggul Kayu' macam Si Wan Azizah tu je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping