Heh! Dangkal sungguh alasan yang diberikan oleh Ketua Pemuda PPBM ni. Apa dia ingat rakyat di Malaysia ni semuanya pergi sekolah pondok ke untuk dia permainkan sentimen mereka?
Jelas kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Pemuda PPBM ini seolah - olah cuba memperlekehkan daya pemikiran rakyat Malaysia berhubung isu yang ada kaitan dengan partinya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ketua Pemuda PPBM itu mendakwa kononnya tindakan salah seorang Pengasas PPBM bertindak keluar parti kerana telah diugut.
Katanya, bekas Setiausaha Kerja PPBM itu mengambil tindakan sedemikian kerana wujudnya tekanan dari pihak luar terhadap dirinya dan juga isteri yang berjawatan sebagai seorang guru.
“Saya tahu sebelum ini cikgu telahpun diugut oleh pihak kementerian malah isteri cikgu juga telah diugut,” katanya tanpa memberikan butiran mengenai pelaku.
Selain itu, Ketua Pemuda PPBM itu juga turut membuat dakwaan kononnya bekas Setiausaha Kerja parti itu mengambil tindakan sedemikian ekoran pembiayaan kewangan yang kurang stabil.
“Kami tidak mampu untuk menawarkan jawatan yang berbayar kepada ahli-ahli. Saya sendiri juga tidak dibayar oleh parti, saya perlu mencari sumber kewangan daripada kerja-kerja saya sendiri untuk membiayai kerjaya politik saya,” katanya.
Kot dalam UMNO sekali pun, bukan semua orang dibayar oleh parti. Tapi tetap juga mereka tampil untuk terus mempertahankan kepimpinan sedia ada menggunakan duit poket mereka sendiri.
Jelas, kenyataan Si Ketua Pemuda PPBM tu hanya cubaan untuk memberikan gambaran seolah - olah dia sorang je yang berjuang 'Fisabilillah' sementara orang lain semuanya dapat 'Dedak' belaka!!!
Hakikatnya, itu bukan alasan untuk seseorang itu mengambil tindakan sedemikian sekiranya dia yakin dengan dasar perjuangan yang dibawa oleh pucuk pimpinan partinya sendiri.
Sebaliknya, alasan seperti itu hanya layak digunakan oleh seorang budak tadika yang 'Mentah' dalam Politik dan berfikiran dangkal seperti Si Ketua Pemuda PPBM itu sahaja. Mungkin dia fikir semua orang berfikiran cetek macam dia gamaknya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.