Selasa, April 25, 2017

Itu persoalannya. Bukannya orang sengaja nak mendedahkan apa yang mereka lakukan secara terbuka. Tapi sebaliknya, rakyat nak tahu apa status sebenar hubungan mereka pada ketika ini.

Kerana apa rakyat nak tahu? PERTAMA, sebab mereka ini dilabelkan sebagai 'Pemimpin'. Dan sebagai seorang yang diangkat dengan gelaran ini, mereka mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.

Mereka tak boleh sewenang - wenangnya memberikan alasan dengan mendakwa apa yang mereka lakukan itu sebagai Privasi atau Urusan Peribadi sedangkan mereka dikategorikan sebagai 'Pemimpin'.

KEDUA, mereka berdua mengaku bahawa mereka ni beragama Islam. Maka sebagai seorang Muslim yang benar - benar menjalankan syariat dan hukum Islam, sewajarnya mereka ni berlaku jujur.

Jika tidak dengan rakyat, mereka perlu jujur dengan diri mereka sendiri. Bukannya dengan membuat penafian yang tidak mempunyai asas sehinggakan isteri sendiri pun mengadu mengenainya.

KETIGA, mereka mewakili parti yang kononnya mendakwa mereka 'Mesra Islam' sedangkan hakikatnya parti itu mempamerkan sikap permusuhan terhadap Islam secara terbuka.

Walhal parti mereka mengambil mereka sebagai pemimpin untuk menjadi aset bagi membuktikan dakwaan yang dilemparkan terhadap parti itu selama ini adalah tidak benar belaka.

Sebaliknya, tindakan yang mereka lakukan itu hanya sekadar membuktikan bahawa parti yang mereka sertai itu hanya setakat mempergunakan orang yang Islam untuk kepentingan Politik Peribadi.

Kalau kita tanya soalan itu kepada DAPigs, mereka akan kata, "Kami mengamalkan Politik berdasarkan kepada Demokratik dan memberi kebebasan kepada ahli sepenuhnya".

Kalau ditanya pulak kepada PAN yang memperjuangkan Islam, mereka akan kata, "Itu urusan peribadi mereka. Dosa mereka adalah tanggungjawab mereka, bukan urusan kita".

Dan kalau kita tanya kepada PKR pulak, sudah pasti mereka akan kata, "Apa yang nak diherankan. Sedangkan Ketua Umum kami pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat".

Pokok pangkalnya, persoalan utama yang dibangkitkan adalah mengenai kelakuan Moral seorang yang mahu menjadi pemimpin kepada rakyat. Adakah itu rupa bentuk pemimpin yang kita mahu?

Dan sebagai seorang umat Islam, tanya pada diri kita sendiri, adakah kita mahu anak cucu kita kelak mengikut jejak langkah seperti mana yang dipamerkan oleh mereka? Adakah kita mahu menggalakkan 'Sumbang Mahram' terus berleluasa? Sekarang, korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Jabatan Agama Islam tak ambil tindakan terhadap mereka ini ke yg terang2an menyalahi hukum Islam?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping