Rabu, April 26, 2017

Heh! Bila baca cerita pasal Si Raja Bomoh ni, teringat pulak kepada pesana yang ditinggalkan oleh Mendiang Karpal Singh kepada Si Ketua Penipu tu yang mengingatkan dia supaya bertaubat.

Kata Si Karpal, Si Ketua Penipu tu dah banyak membuat masalah kepada Negara dan juga menyusahkan gabungan Pakatan Haramjadah tu sebelum ini. Maka sebab itu dia perlu bertaubat.

Kali ini, giliran Si Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin tu pulak diperintahkan agar berkelakuan baik selama enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah hari ini selepas mengaku salah menghina kesucian agama Islam.

Kesalahan itu adalah berhubung amalan ritual untuk menurunkan hujan bagi meredakan panas kesan fenomena El Nino di tapak bekas rumah pangsa Jalan Pekeliling, di sini, pada 21 Mac 2016.

Ketua Hakim Syarie Datuk Mohamed Ibrahim yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Ibrahim menjalani hukuman itu dengan bon jaminan oleh dua penjamin di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Mengikut kenyataan media Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), perintah itu adalah mengikut mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 560), selepas mengambil kira faktor usia tertuduh.

Kenyataan itu berkata, Ibrahim memahami dan menyedari tuduhan yang dibacakan terhadapnya dan mengaku salah di atas tuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina mengikut Seksyen 7(a)Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Pejabat Mufti turut diarahkan untuk menyediakan modul pengajaran bagi membolehkan Ibrahim menjalani kelas akidah dan fardhu ain, selain menyediakan laporan perkembangan tertuduh kepada mahkamah sepanjang tempoh itu.

Jelas kenyataan itu lagi, hukuman ke atas Ibrahim dibuat selepas pihak pendakwaan yang diketuai Pendakwa Kanan Syarie, Zainor Rashid Hassin mengemukakan fakta kes yang dipersetujui tertuduh dan dia turut diberi peluang merayu bagi meringankan hukuman, manakala Zainor mengemukakan hujah untuk memberatkan hukuman.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping