Isnin, April 17, 2017

Heh! Nampak gayanya buah kerandut PAS Selangor ni dah mula kecut apabila mereka mula menyedari tujuan sebenar Si Rafizi tu tampil menabur fitnah terhadap parti mereka sebelum ini.

Kemungkinan  besar PAS Selangor tu sedar bahawa tindakan Si Rafizi tu mencipta fitnah dan melibatkan PAS itu hanya semata - mata kerana membalas dendam terhadap PAS dan juga Azmin.

Jika sebelum ini, PAS la yang menjadi punca Si Rafizi tu GAGAL merealisasikan agenda Langkah Kajangnya dengan memberi sokongan kepada Azmin untuk merampas jawatan Menteri Besar.


Maka tidak mustahil sekiranya tindakan Si Rafizi tu adalah untuk membalas dendam terhadap PAS dengan cara memporak perandakan hubungan Politik diantara parti itu dengan PKR.

Bagi sesetengah pihak, Si Rafizi tu hanya memburukkan lagi hubungan kerjasama Politik diantara kedua - dua parti apabila dia membuat tuduhan dan cuba memburukkan PAS secara terbuka.

Kata mereka, Si Rafizi tu sendiri menyedari bahawa hubungan diantara PAS dan PKR ibarat 'Retak Menanti Belah' apabila banyak kawasan PAS mula hasrat mahu memutuskan hubungan Politik.

Dan bagi PAS Selangor, sekiranya hubungan kerjasama diantara kedua - dua parti itu berakhir, maka sudah pasti mereka akan hilang peluang untuk mengekalkan kuasa didalam pentadbiran Negeri.

Jadi, tak heran la kenapa Pesuruhjaya PAS Selangor tu dalam satu kenyataan semalam tampil membidas tindakan Si Rafizi dan mendesak agar pemimpin PKR itu berhenti menjaja cerita bohong.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga turut berkata, Rafizi sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat dan bukan membuat tuduhan siapa yang menerima wang sana sini.
“Ahli politik sepatutnya menyelesaikan masalah rakyat, bukannya cerita siapa dapat RM3.5 juta, siapa dapat RM9.5 juta.
“Rakyat sebenarnya menyampah, mereka nak kerajaan atau parti politik selesai masalah mereka, bukan menjaja cerita sebegitu,” kata Iskandar yang juga Naib Presiden Pas semasa merasmikan Seminar Nasional Negaraku Menjelang 60 Tahun Merdeka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.
Pokok pangkalnya, PAS Selangor sendiri mengakui bahawa tuduhan yang dibuat oleh Si Rafizi itu tidak memberikan faedah kepada rakyat dan menunjukkan bahawa Si Rafizi tu memang tak layak jadi pemimpin. Ada pun, dia setakat tau menabur fitnah. Kalau takde, LAGI BAIK!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping