Ahad, April 30, 2017

Heh! Baru sangat PAS bercerai dengan PKR. Sekarang diorang dah tutup pintu untuk PPBM. Itu membuktikan komitmen PAS untuk tidak bersekongkol dengan parti yang merugikan mereka.

Mungkin PAS dah serik 'bercinta' dengan mereka yang perangainya macam Haramjadah ni kot. Tapi kira logik jugak la. Takkan la baru bercerai, PAS nak bercinta pulak dengan orang yang lebih kurang sama?

Pokok pangkalnya, PPBM ni sama je dengan PKR yang kini hanya dianggap sebagai Barua yang lebih cenderung untuk memenuhi serta menurut kehendak yang dimahukan oleh DAPigs.

Mungkin sebab itulah dalam ucapan yang dibuat hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberitahu bahawa partinya 'menutup pintu' kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ujarnya, PAS sudah pun membuat penilaian dan mendapati bahawa PPBM adalah merupakan sebuah parti yang tiada hala tuju atau mempunyai kepimpinan serta pendirian yang jelas.
"Kita parti yang sama. Kita tak boleh layan parti yang tak samar-samar. Kita sudah nilaian, parti Pribumi (PPBM) (adalah) parti yang tiada ketentuan arah. 
"Takde ketentuan arah dan pemimpin pun tidak tahu siapa. Siapa imam, siapa makmum. Sebab itu kita sudah buat keputusan tidak ada hubungan dengan parti itu," ujar Hadi dalam sidang media selepas merasmikan Mukatamar PAS kali ke-63, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, sebentar tadi.
Penegasan Ahli Parlimen Marang itu sekaligus menamatkan segala spekulasi yang dibuat sebelum ini bahawa dua parti itu mungkin akan berkerjasama menuju Pilihan Raya Umum akan datang.
Hubungan PAS-PPBM pada mulanya agak lancar, dengan kedua-dua parti beberapa kali berkongsi pentas ceramah, sehinggalah parti tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu memutuskan menyertai Pakatan Harapan (PH), 20 Mac lalu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dengan PKR apa sudah jadi..president pun tak Tegas..apa nak jadi dgn PAS ni.

    BalasPadam
  2. Masuk Lah Komponen BN Insyaallah Selamat .Seperti Sarawak & Sabah .Jgn Ragu2 Lagi Terus Bagi Sokongan Kpd Datuk Seri Najib Anda Tidak Rugi Di Dunia & Akirat . Macam Tuan2 & Puan2 Boleh Dapat . Insyaallah .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping