Rabu, April 26, 2017

Jika sebelum ini, bila orang kata wujud perang diantara Si Azmin tu dengan Rafizi, ramai yang dakwa itu hanya sekadar fitnah. Tapi hakikatnya, perang diantara mereka memang benar - benar wujud.

Bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub menggesa pimpinan parti itu mencari jalan penyelesaian dalam 'perang dingin' melibatkan Timbalan Presiden, Si Azmin Ali dan Si Rafizi.

Ujarnya, PKR tidak lagi boleh menafikan wujud pergeseran serius antara Azmin dan Rafizi yang akhirnya menyukarkan parti untuk bersatu dan fokus kepada isu-isu yang lebih besar, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 
"Dalam isu ini saya kira ia menjadi rahsia kepada beberapa keadaan yang bersifat pertembungan dalaman PKR. Mengakui kewujudan hal tersebut tidak ada salahnya.
"Pimpinan parti perlu mengakui kewujudan pergeseran tersebut, supaya ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi, atau paling tidak mengurangkan pergeseran tersebut," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos.
Sebelum ini Rafizi, dilihat pemerhati politik sebagai cuba 'menyerang' Azmin dengan menyelar Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly bersabit isu kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Adam yang dilapor media sebagai mempunyai hubungan baik dengan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan juga Azmin kini berdepan dengan enam pertuduhan mengemukakan penyataan dan dokumen palsu, bersabit kekayaan luar biasa yang dimilikinya. 

Menurut Rafizi, beliau terpaksa menyatakan pendiriannya bersabit isu Adam atas dasar ketelusan dan keadilan. Sementara Azmin dilihat menjarakkan diri dan meminta semua pihak memberikan ruang untuk Adam disiasat pihak berkuasa.

Penganalisis politik, Dr Kamaruzzaman Yusuf ketika dihubungi Antarapos, berkata mungkin ada sebab mengapa Rafizi memilih untuk menyentuh pendakwaan yang dihadapi Adam.
“Itu mungkin juga (usaha Rafizi jatuhkan Azmin), sebab diketahui ramai bahawa Rafizi dengan Azmin ni memang bermasalah, sebelum ni pun ada laporan SPRM buat pada pegawai di pejabat Azmin," ujar Kamaruzzaman.
Untuk rekod, Rafizi pernah membuat laporak kepada SPRM berhubung dakwaan permintaan habuan seks oleh pegawai kerajaan negeri Selangor, untuk mendapatkan projek.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Si Rafizi tu cuba memburukkan nama PAS dan mencemar imej parti itu juga merupakan sebahagian daripada agendanya untuk menjahanamkan kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Harap salah seorang akan kalah dlm pru akan datang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping