Isnin, Mei 01, 2017

"Berhati-hati dengan 'Mr U-turn'".  Demikian kata perwakilan PAS Johor, Nazari Mokhtar susulan keputusan parti itu 'menutup pintu' kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Berkenaan dengan PPBM, saya nak ingatkan kepada  pimpinan kita berhati-hati dengan 'Mr U-Turn' ini. Dia boleh tiba-tiba saja dia boleh ubah pendirian, tak dapat kawan dengan PAS dia ubah pendirian, dia hentam balik,"  kata Nazari ketika membahas ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.
Nazari kemudiannya berkata keputusan PAS untuk menutup pintu kerjasam dengan PPBM seperti yang diumumkan Presidennya, Abdul Hadi Awang semalam, adalah satu tindakan yang bijak.
"Tindakan bijak kita tidak mahu bersama dengan PPBM adalah tindakan terpuji kerana tuan-tuan kena ingat pengundi Muslim orang melayu akan berpecah kepada beberapa bahagian.
"Antara paling besar ialah kepada Umno, sebahagiannya kepada PPBM, PAS kepada PKR dan kepada PAN (Amanah)," katanya.
Hadi semalam memberitahu media partinya enggan bekerjasama dengan PPBM selepas melihat parti itu tiada hala tuju yang jelas selain dilihat tidak tentu siapa 'imam serta makmumnya'.

Kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang itu secara tidak lansung menutup segala spekulasi yang sekian lamanya berlegar sebelum ini bahawa PAS akan menjalinkan hubungan dengan PPBM.

PPBM ketika dihubungi Antarapos berkata 'Good Luck' kepada PAS. Menerusi Ketua Penerangannya, partinya tidak mempunyai masalah, malah tidak terkejut dengan pengumuman itu.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping