Isnin, Mei 01, 2017

Jika sebelum ini, ramai yang menganggap Si Rafizi tu 'Buta Strategi' apabila Pemuda PAS membuat cabaran terhadap dirinya supaya kekal bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Bahkan bagi sesetengah pihak, cabaran yang dibuat oleh Pemuda PAS terhadap Si Rafizi tu hanya merupakan satu sindiran terbuka memandangkan dia dah tak dapat bertanding lagi lepas ni.


Namun bagi seorang penganalisis Politik pulak melihat, cabaran yang dikemukakan oleh Pemuda PAS itu merupakan signal yang cukup jelas bahawa PAS bersedia untuk singkirkan PKR.

Katanya, cabaran ke atas kerusi Ahli Parlimen Pandan itu secara jelas menyatakan bahawa PAS telah menghantar isyarat PKR adalah satu sasaran Politk Utama yang akan dihapuskan dalam PRU14 nanti.

Penganalisis politik, Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib  berkata, cabaran ke atas Rafizi juga seolah satu isyarat yang PAS akan mendepani ramalan kalah teruk PRU14  secara kental.
"Cabaran Pemuda Pas itu adalah ibarat pelancaran 'gendang perang' Pas ke atas PKR yang masih bersekutu rapat dengan DAP.
"Gendang perang Pemuda Pas yang mula dipalu bagi meraikan Rafizi supaya terus berjuang di Pandan juga satu isyarat bahawa Pas bersedia untuk apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku dengan hubungan bersama PKR," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Menurut Shukri lagi, Pemuda PAS juga tegas dengan pendirian mahu membina maruah baru bagi parti itu untuk mendepani cabaran politik semasa demi mempertahankan kedudukan kuasa pemerintahan umat Islam di negara ini.
"PAS seolah ada perancangan strategik khas untuk 'menghapuskan' sekutu DAP yang kini kelihatan menyakitkan hati tokoh PAS. Jadi tidak salah jika Pemuda Pas seolah mencabar tokoh tokoh muda PKR bagi berhadapan dengan Pemuda Pas," katanya lagi.
Pokok pangkalnya, cabaran yang dikemukakan Pemuda PAS itu bukan hanya sekadar omongan kosong walaupun ianya diperlekehkan secara hinanya oleh Rafizi yang menganggap cabaran itu sebagai satu bahan lawak Antarabangsa semata - mata!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Rakyat wajib tolak org macam fizi. Tak guna berpolitik dgn menyebar fitnah sana sini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping