Isnin, Mei 22, 2017

Heh! Nampak gayanya semakin hari semakin kian terserlah kebaculan Si Azmin ni membuat keputusan. Jelas, tindakan yang dilakukan membelakangi kehendak pucuk pimpinan PKR itu sendiri.

Jika kita lihat secara keseluruhannya, hampir separuh dari kepimpinan PKR mahu wakil PAS digugurkan dari menjadi sebahagian anggota pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pada ketika ini.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan PKR secara terbuka membuat dakwaan serta melemparkan tuduhan terhadap PAS yang turut dilabelkan sebagai Pengkhianat.

Namun, disebabkan Si Azmin tu takut hilang jawatan dan hanya sekadar mengikut skrip yang telah direncanakan sebelum ini membuatkan dia takut untuk menuruti kehendak partinya sendiri.

Maka sebab itu sehingga ke hari ini, Si Azmin Ali tu masih lagi mengulangi pendirian yang sama iaitu utnuk tidak memecat tiga orang wakil PAS sebagai Exco Rejim Pakatan Haprak tu di Selangor.

Alasan yang diberikan Azmin, status kedudukan ketiga - tiga orang wakil PAS itu masih kekal sehingga dia mengadakan rundingan dengan pucuk pimpinan parti itu terlebih dahulu.

Malah, Si Azmin itu juga dilihat cuba berselindung disebalik kebaculan dirinya sendiri dengan menjual nama Si Ketua Penipu tu untuk menghalalkan tindakan yang telah dilakukannya.
“Kita akan bincang (kerana) itu pandangan Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya sentiasa membuka pintu untuk perbincangan,” kata Azmin kepada media selepas sesi penggulungan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-12 hari ini.
IRONIKnya, kenapa baru sekarang Si Azmin tu nak dengar cakap tu sedangkan sewaktu perlaksanaan agenda Langkah Kajang sebelum ini, dia buat tak peduli pun dengan Si Ketua Penipu tu?

Bukan ke pada ketika itu, Si Ketua Penipu tu jelas memberikan pandangan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor tu perlu diberikan kepada Wan Azizah? Tapi kenapa Si Azmin tu melawan?

Apa yang jelas, tindakan Si Azmin tu hanya dilakukan demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya dan memastikan kedudukan sebagai Menteri Besar yang disandang pada ketika ini kekal.

Atau dalam erti kata mudahnya, Si Azmin tu hanya mementingkan dirinya sendiri dan sanggup membelakangi kehendak parti serta tuntutan yang disuara oleh puak Pakatan Haprak tu secara terbuka dengan mempergunakan nama Si Ketua Penipu tu sebagai modal!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping