Isnin, Mei 22, 2017

Kalau nak diceritakan secara mudahnya, itulah gambaran awal yang terpaksa diterima oleh parti Ternakan DAPigs dan PPBM bila nak menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kedua - dua parti itu terpaksa menerima hakikat bahawa PKR enggan berkongsi kerusi walaupun mereka merupakan sebahagian daripada rakan kongsi dalam Pakatan Haprak tu pada ketika ini.

Perlu diingatkan bahawa PKR selama hari ini seringkali bertanding dikawasan yang dikuasai oleh PAS. Hanya sebahagian kecil kawasan yang ditandingi oleh PKR merupakan kerusi campuran.

Kalau ikut perkiraannya, PAN nak bertanding di kerusi milik PAS sementara PPBM pula nak bertanding dikerusi milik UMNO. Secara tradisinya, dimana UMNO bertanding, disitu PAS akan meletakkan calon.

Maka, sekiranya PKR enggan berkongsi kerusi dengan mana - mana rakan sekutu dari Pakatan Haprak tu, bermakna kedua - dua parti itu terpaksa membahagikan kerusi sesama mereka sendiri.

Kenyataan mengenai keengganan PKR untuk berkongsi kerusi mereka kepada parti dalam kelompok Pakatan Haprak tu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Agung parti itu semalam.

Katanya, arahan mengenai keputusan itu telah ditetapkan oleh Si Ketua Penipu tu yang telah memberikan garis panduan jelas kepada pucuk pimpinan parti berhubung isu pembahagian kerusi.
"Panduan berunding kerusi kepada pimpinan telah ditetapkan oleh Anwar melalui nota kepada Biro Politik. Formulanya kawasan yang kita sudah menang tidak boleh serah. 30 kawasan parlimen yang kita menang sekarang tidak boleh serah kepada mana-mana parti.
"Malah mana-mana kerusi PKR yang hampir menang atau kalah tipis dalam pilihan raya sebelum ini tidak boleh diserahkan kepada sesiapa. Ini menjadi amanah kepada pimpinan ketika kita berada di dalam rundingan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Tahunan PKR Kali ke-12, petang tadi.
Kenyataan itu menunjukkan bahawa PKR ni bukan sahaja parti yang mendahulukan kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Malah keputusan itu juga menunjukkan keangkuhan parti itu secara tidak lansung.

Bayangkan! Jika sekarang pun parti dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih lagi tidak dapat bersetuju untuk berkingsi kuasa, bagaimana mungkin mereka dapat mentadbir Negara dengan aman kelak?

Sekiranya puak Pakatan Haprak tu diberi kepercayaan untuk menerajui pemerintahan Negara, sudah pasti mereka akan beramuk sesama sendiri dan sekaligus membuktikan bahawa tiada kesepakatan sejati yang wujud diantara mereka sendiri!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping