Jika sebelum ini, tular dilaman media sosial orang bercerita pasal kewujudan 'Telur Palsu' di Pulau Pinang. Tapi siapa sangka, Si Tokong DAPigs tu pun kantoi menggunakan 'Telur Palsu' juga.
Si Lim Guan Eng tu jelas sudah kehilangan telurnya sewaktu dia didakwa dengan dua kes rasuah yang turut melibatkan pembelian rumah banglow mewah Terlajak Murahnya sebelum ini.
Ekoran pendakwaan yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat desakan agar dia melepaskan jawatannya dan mengambil cuti.
Namun usaha rakyat menyuarakan desakan mereka itu tidak diendahkan oleh pentadbiran Rejim DAPigs Pulau Pinang. Maka ianya terpaksa dilakukan dengan membawa usul ke dalam sidang DUN.
Malangnya, DUN Pulau Pinang menolak permohonan wakil rakyat untuk membentangkan usul supaya Ketua Menteri dan penjawat awam bercuti jika berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata dia menerima notis penolakan itu. Ditanya alasannya, Jahara meminta perkara itu diajukan pada speaker Law Choo Kiang sendiri.
“Mereka mahu tutup semua pintu untuk lindungan ketua menteri,” kata Jahara yang juga anggota DUN Telok Ayer Tawar menurut Malaysiakini.
Sidang DUN seterusnya akan berlangsung pada 19 Mei depan. Jahara menyifatkan Rejim DAPigs itu “mengarut” dan tidak mengamalkan demokrasi atau kebebasan bersuara dengan langkah itu.
Jahara memfailkan usul untuk memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar agar mengambil cuti kerana sedang berhadapan dengan dua pertuduhan kes rasuah di mahkamah.
Guan Eng dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini menolak gesaan itu dan mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah hasil komplot Politik BN untuk membunuh kerjaya politiknya.
Perbicaraan itu, yang melibatkan 60 saksi, ditangguh sementara menunggu Lim mencabar Seksyen 62, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diselesaikan di Mahkamah Persekutuan.
Walau bagaimanapu, Speaker DUN Pulau Pinang enggan memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu buat masa ini bagi menghormati anggota-anggota dewan dan peraturan tetapnya. Katanya, dia hanya akan berbuat demikian apabila sidang dewan bermula.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.