Jumaat, Mei 26, 2017

Heh! Nampak gayanya memang tak puas hati sungguh pemimpin parti PPBM ni terhadp hasil kajian yang dijalankan oleh Si Rafizi yang tetap mahu Si Ketua Penipu tu menjadi Perdana Menteri.

Walaupun sebelum ini pemimpin PKR tampil menafikan dakwaan Tun Mahathir yang menganggap hasil kajian 'Pakar Strategi' parti itu sebagai 'Syok Sendiri', tetapi PPBM tetap mempertikaikannya.


PPBM tampil mempersoalkan hasil kaji selidik badan berkait PKR semalam yang merumuskan Si Ketua Penipu tu sebagai calon popular menimbulkan beberapa persoalan berkaitan kredibilitinya.

PPBM berkata beberapa butiran mengenai hasil kaji selidik yang diumumkan oleh Si Rafizi Ramli itu menimbulkan beberapa keraguan, termasuk jumlah responden yang terlalu sedikit.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36% responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab,” kata Rais mengulas hasil kaji selidik itu.
Rafizi berkata Invoke melakukan kajian selama lebih 3 bulan melibatkan 2.8 juta pengundi, di mana 18,000 memberikan respon, tetapi daripada jumlah ini, sebanyak 34.4% tidak menjawab.

Ini bermakna kira-kira 11,500 daripada 2.8 juta, atau kurang 0.7%, menjawab kaji selidik tersebut. Menurut PPBM, respon tersebut terlalu rendah, dan tidak boleh dijadikan sebagai ukuran.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36% responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab,” katanya.
Sebelum ini, PPBM mengumumkan hasil kaji selidik secara bersemuka dengan hampir 3,000 rakyat Malaysia di lebih 30 kawasan pilihan raya, juga mempersoalkan bagaimana 2.8 juta dipilih untuk dihubungi melalui telefon.

Malah PPBM juga turut mempersoalkan ketiadaan penjelasan mengenai demografi lain, walaupun terdapat pembahagian responden menurut kaum bagi mencerminkan populasi sebenar.

Bahkan, katanya, hasil kajian yang dijalankan oleh Si Rafizi itu tidak mendapat perakuan daripada sekumpulan pakar bebas yang bersifat Non-Partisan dan tidak ada kaitan lansung dengan PKR.
“Tanpa proses ini, keputusan, kesimpulan, dan cadangan yang dikemukakan mudah dipersoalkan. Proses tersebut pastinya membantu supaya kajian tersebut berjaya mencapai tahap tentu sah dan kebolehpercayaan yang munasabah,” katanya.
Dalam erti kata mudahnya, PPBM tetap menganggap hasil kajian yang dijalankan oleh Si Rafizi tu sebagai 'Syok Sendiri' yang hanya layak untuk budak sekolah tadika dan dilakukan demi menjaga kepentingan Politik Peribadi PKR semata - mata!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Aku pun tak suka dengan Najib tapi lagi tak suka mat jubor tu jadi PM...Pilihlah orang selain dari dua orang tu demi masa depan rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  2. Madey dgn fizi pun cakap sama2 longkang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping