Jumaat, Mei 26, 2017

Heh! Inilah sifat RETORIK yang sering kali dipamerkan oleh puak - puak Pakatan Haprak ni. Kalau orang lain yang buat, sudah pasti mereka akan mengecam tindakan itu sehabis - habisnya.

Tapi kalau diorang sendiri yang buat, macam - macam alasan yang diberikan untuk menjustifikasikan tindakan dan keputusan yang telah mereka lakukan walaupun ianya benda yang sama.

Jika sebelum ini, bila pihak Kerajaan Pusat membuat pengumuman untuk menjalinkan hubungan kerjasama ekonomi dengan Kerajaan China, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu bising.

Siang dan malam mereka menjaja cerita dengan membuat dakwaan kononnya pihak Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional nak menjual Negara kepada orang luar.

Maka timbul la cerita pasal Forest City di Johor Bharu, penjualan saham Proton kepada Geely dan sebagainya. Walhal, semua tu hanya sekadar pelaburan perniagaan diantara kedua - dua Negara.

Tapi hari ini, apabila Rejim DAPigs Pulau Pinang membuat keputusan meluluskan undang - undang membenarkan pentadbiran dibawah pimpinan Guan Eng meminjam wang dari Negara China, diorang diam pulak.

Alasan Guan Eng, pinjaman dengan Bank dari China itu akan digunakan untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan (PIP) dan membolehkan pelaburan lain masuk ke Pulau Pinang.

Tapi IRONIKnya, ke mana hilangnya Tun Mahathir yang sebelum ini lantang mengkritik tindakan Kerajaan Pusatmewujudkan hubungan kerjasama ekonomi dengan Negara China tu?

Kenapa bekas Perdana Menteri itu hanya mendiamkan diri dan tak nak kritik tindakan yang dilakukan oleh Rejim pimpinan Si Guan Eng ni seperti mana yang dilakukan terhadap Kerajaan Pusat?

Takde pulak dia nak buat spekulasi dengan memberikan gambar kononnya jika Rejim DAPigs tu tak mampu bayar balik hutang mereka kepada China, maka Pulau Pinang terpaksa digadaikan.

Secara kesimpulannya, puak Pakatan Haprak ni hanya sekadar pandai mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Pusat untuk menyebarkan spekulasi dan memburukkan Barisan Nasional. Tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak diorang tutup mulut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Salah che det atau salah cyber warrior kerajaan?
    Kerajaan punya patut serang lebih dahsyat hingga lumat benda2 macam ni. Pantang pembangkang silap.. hentam..
    Macam pembangkang.. perkara yg tak masuk akal pun diviralkan mereka.. artikel sgt licik.. hinggakan org yg baca tak perasan yg tulisan mereka itu sebenarnya menghentam kerajaan disebalik lawak jenaka yg halus..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping