Hari ini tular dilaman media sosial tentang satu pautan dari laporan media antarabangsa yang mendedahkan siapa dalang sebenar disebalik perjanjian diantara Proton dan Geely Holding.
Jika sebelum bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pengasas kepada kereta nasional itu sibuk memukul canang membuat dakwaan kononnya pihak Kerajaan menjual Proton kepada Negara luar.
Namun pendedahan yang disiarkan melalui Asian Nikkei Review itu mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu sendiri memainkan peranan sebagai dalang disebalik perjanjian tersebut.
Dalam artikel yang bertajuk, "Mahathir Seeks To Turn Malaysia's Proton Around With Geely's Help" secara tidak lansung membuktikan penglibatan bekas Perdana Menteri itu sendiri.
Memetik laporan yang turut disiarkan oleh majalah ekonomi The Edge, Tun Mahathir pada ketika itu berkeras tidak mahu mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan walaupun Proton sedang nazak.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu bersama - sama dengan pemilik DRB-Hicom yang juga merupakan pemilik sebenar Proton telah pergi ke Negara China untuk bertemu dengan Geely.
"According to local media, Mahathir at the time started crafting a partnership deal between Proton and Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group.
"Geely owns Sweden's Volvo Car Group. Mahathir wants to use this connection to produce Protons that can measure up to global standards."
Secara kesimpulannya, hari ini bekas Perdana Menteri Malaysia itu hanya sekadar berlakon sedih diatas perjanjian diantara Proton dan Geely tu sedangkan ianya adalah hasil kerja dia sendiri.
Apa yang jelas, tindakan bekas Perdana Menteri itu yang menuduh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib seolah - olah cuba memberikan gambaran kononnya nak menjual Proton kepada Negara luar membuktikan bahawa dia sudah semakin terdesak!!!
Lakonan munafikun yg tak jadi...
BalasPadamHanya penyembah shj yg bagi anugerah....
U-Turn Mahdir...
MENANGIS! MENANGIS! MENANGIS LAGI
BalasPadam