Isnin, Mei 29, 2017

Hahaha!!! Nampak gayanya, semakin hari semakin hebat perpecahan yang berlaku dalam PPBM hari ini. Perebutan kuasa dikalangan pemimpin parti itu semakin kian terserlah secara terbuka.

Satu persatu kepincangan parti itu menjadi berita hangat dikalangan pengguna media sosial membuktikan bahawa parti itu sedang dilanda kemelut kepimpinan yang cukup kronik pada ketika ini.

Jika sebelum ini, seorang demi seorang ahli serta pemimpin dari parti itu mengambil tindakan keluar parti dengan alasan tak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang sedia ada.

Malah isu berkaitan dengan amalan kronisme mula menjadi bahan bualan dikalangan masyarakat dan membuatkan parti itu kini mula sarat dengan kontroversi yang tidak diundang.

Kalau kontroversi itu sengaja dicipta untuk mendapatkan perhatian dari rakyat dan menerima impak yang positif, tak pe jugak. Tapi malangnya, imej dan reputasi parti itu sendiri yang dipertaruhkan.

Ramai yang mula melihat parti itu kini sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk menggantikan UMNO dan tidak boleh dijadikan sandaran bagi menjadi harapan kepada rakyat.

Sebaliknya mereka berpendapat bahawa kewujudan parti itu dalam arus Politik Tempatan pun hanya didorong atas dasar rasa benci dan dendam terhadap Kerajaan Barisan Nasional semata - mata.

Maka tak hairan la kenapa Si Mat Muka Botoks yang sebelum ini tegar menyokong kewujudan parti itu pun tampil memberikan amaran kepada Ketua Pemuda PPBM agar jangan angkuh.
“Cabar mencabar secara melulu merupakan cara angkuh yang hanya akan mengeruhkan lagi suasana dalaman parti.
“Reaksi budak hingusan Syed Saddiq ini akan membuatkan lebih ramai rakyat jelata bertambah menyampah dengan parti nanti,” katanya.
Mungkin Budak Hingusan tu terasa diri dia besar sangat kot menjawat jawatan yang dilantik oleh pihak atasan. Tu belum dia rasa bertanding lagi bagi merebut jawatan tersebut. Takut silap hari bulan, kalau dia bertanding, nama dia pun orang takkan calon!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Asas penubuhan parti pun boleh dipersoal. Macam mana nak perintah negara klu awal2 lgi dah penuh dgn masalah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping