Rabu, Mei 03, 2017

Huh! Memang semakin bercelaru la keadaan PKR ni sekarang. Diorang hanya diberikan tempoh selama dua minggu je untuk mencari jalan bagi mengukuhkan parti diperingkat akar umbi.

Kalau tidak, habis je dua minggu tu nanti, maka jangka hayat parti itu akan tamat memandangkan kewujudan PKR selama hari ini hanya menumpang hidup diatas dahan PAS.

Jadi, tak heran la jika kepimpinan parti itu mula menggelupor biawak dan menjadi kucar kacir mengeluarkan kenyataan yang dilihat sebagai satu cubaan untuk menipu diri mereka sendiri.

Hakikatnya, talian hayat PKR akan putus sekiranya pucuk pimpinan PAS benar - benar membuat keputusan untuk menamatkan sebarang hubungan kerjasama Politik diantara mereka.

Menurut laporan yang disiarkan melalui media sebelum ini, PKR hanya mempunyai baki tempoh selama dua minggu sebelum Majlis Syura Ulama PAS (MSU) mengadakan mesyuarat.

Mesyuarat MSU itu dijangka akan memberikan tumpuan khusus kepada status hubungan kerjasama Politik diantara PAS dan PKR seperti mana yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.
"Belum ada tarikh lagi, tapi ia akan diadakan dalam masa seminggu dua ini sebab kita pun baru habis muktamar," kata Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Isu berkaitan dengan status hubungan kerjasama kedua - dua parti itu menjadi perbualan hangat apabila ada beberapa orang pemimpin kanan PKR mula menyerang PAS secara terbuka.

Antara lainnya, pemimpin PKR itu membuat dakwaan kononnya PAS merupakan sebuah parti yang sering mengkhianati Pakatan selama mereka berada dalam gabungan pembangkang.

Bahkan sejak kebelakangan ini, PKR juga sering kali menjaja cerita kononnya PAS bersekongkol dengan UMNO sedangkan dakwaan itu tidak mempunyai asas yang kukuh sama sekali.

Malah PKR juga turut memberikan gambaran seolah - olah PAS pada ketika ini merupakan sebuah parti yang mudah disogok dengan habuan dana kewangan dan menjadi 'Pemakan Dedak' Kerajaan.

Namun apa yang jelas, tindakan PKR membuat dakwaan seperti itu adalah untuk memburukkan imej PAS yang enggan menyertai Pakatan kerana tidak mahu dijadikan sebagai Keldai Tunggangan DAPigs semata - mata!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping