Rabu, Mei 03, 2017

Heh! Nampak gayanya, penyakit Paranoia yang dialami oleh Si Menteri Besar Selangor ni bukan sahaja bertambah kronik, tetapi ia semakin menular dan mula berjangkit sampai ke Negeri Perak pulak.

Ianya bermula dengan pengumuman yang dibuat PAS sewaktu Muktamar Tahunan parti itu yang mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PKR sebelum ini.

Ternyata, kesan dari pengumuman tersebut memang memberikan impak yang cukup besar kepada PKR sekalipun kepimpinan parti itu cuba untuk menafikannya secara terang - terangan.

Jika tidak, mana mungkin wakil PKR Perak akan tampil membuat pengakuan bahawa parti itu akan mengalami kesukaran sekiranya benar PAS mahu memutuskan hubungan dengan mereka.

Dan, jika benar PKR tidak heran dengan PAS, mana mungkin Si Menteri Besar Selangor tu sendiri mula menggelupor membuat pengumuman mahu menjadikan Perak sebagai 'Anak Angkat'.

Sekaligus tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor itu membuktikan bahawa PKR sedang berada dalam keadaan yang kucar kacir kerana takut kehilangan sokongan dari PAS.

Soalnya kenapa baru sekarang Si Menteri Besar Selangor tu nak menjadikan Perak sebagai 'Anak Angkat'? Tidakkah itu membuktikan bahawa selama hari ini, PKR masih bergantung harap kepada PAS?

Kalau selama hari ini, kita sering kali menjelaskan bahawa kewujudan PKR dipentas Politik tempatan hanya kerana mereka mendapat sokongan dan dokongan dari pucuk pimpinan PAS.

Namun kenyataan itu sering kali dinafikan oleh pemimpin PKR dengan kenyataan - kenyataan yang angkuh sambil mendakwa kononnya mereka mampu berdiri diatas kaki sendiri.

Sedangkan hakikatnya, penafian yang dibuat oleh kepimpinan PKR itu hanya sekadar halusinasi mereka yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Hari ini, segalanya sudah terbukti. PKR memang tak mampu untuk kekal hidup tanpa bantuan dari PAS!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping