Buat sekian kalinya, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan ni sudah pasti akan menyebabkan lebih ramai pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal.
Nak pulak bagi pemimpin - pemimpin dari parti Ternakan DAPigs yang sering menjadikan PAS sebagai sasaran serangan Politik Longkang mereka dan menganggap parti itu sebagai "Musuh Utama" yang perlu diperangi.
Dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS menyatakan bahawa tidak ada fakta yang menyatakan bahawa Pakatan Haprak tu mampu menang dalam PRU ke 14.
Malah menurut kata Menteri Besar Kelantan itu lagi, tiada sebarang ramalan dibuat mengenai perkara itu dan Pas tidak sesekali gentar dengan perkara itu, malah terus optimis dengan kekuatan yang ada.
“Setakat ini tiada lagi ramalan kata pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” katanya.
Kemungkinan kenyataan itu dibuat setelah melihat perbalahan yang wujud dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri yang sedang berlaku pada ketika ini masih GAGAL untuk diselesaikan.
Nak pulak hal yang berkaitan dengan pembahagian kerusi dan bakal calon Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak tu kelak masih lagi menjadi sebahagian daripada tanda tanya rakyat diperingkat bawahan.
Dari satu laporan yang disiarkan semalam, kajian mendapati nama bekas Timbalan Perdana menteri, Muhyiddin Yassin menjadi pilihan untuk menjawat jawatan tersebut sekiranya puak Pakatan Haprak tu menang.
Namun dari apa yang dinyatakan oleh DAPigs dan PAN, Presiden PKR tetap menjadi calon utama mereka seandainya gabungan Pakatan pembangkan itu berjaya menawan Putrajaya sebelum merek berusaha membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara.
Pokok pangkalnya, apa yang cuba disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan itu adalah berdasarkan kepada pemerhatian terhadap situasi semasa. Kalau isu pembahagian kerusi serta calon Perdana Menteri itu pun diorang tak boleh nak selesaikan, macam mana diorang nak selesaikan masalah rakyat!!!
Mat Yakob sendiri akan hilang Kelantan. Aminnn
BalasPadam