Khamis, Mei 18, 2017

Hari demi hari, nampak gayanya sifat Paranoia puak Pakatan Haprak terhadap PAS ni semakin menjadi - jadi. Mungkin sebab itu diorang mula meracau benda yang bukan - bukan.

Tapi tak sangka pulak sifat Paranoia itu juga turut berjangkit kepada bekas Timbalan Perdana Menteri ni. Ingatkan hanya pemimpin macam Si Azmin tu je yang semakin meroyan.

Maka timbul la dakwaan dan andaian yang dibuat berdasarkan kepada rasa Paranoid itu sehingga menyebabkan mereka dilihat seolah - olah sudah ketandusan modal untuk berpolitik.

Apa yang jelas, puak Pakatan Haprak tu sering kali mengitar semula modal Politik dengan menjaja cerita kononnya PAS dan UMNO mahu bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Namun sehingga ke hari, dakwaan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Haprak tu telah berulang kali dinafikan oleh pucuk kepimpinan PAS dan dilakukan tanpa merujuk kepada bukti yang kukuh.

Malah, Ketua Dewan Ulama PAS pula menganggap dakwaan itu 'hanya andaian' apabila mengulas peluang kemenangan akan lebih berpihak kepada Pakatan jika PAS bekerjasama dengan UMNO di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Malah penafian Mahfodz mengenai hubungan kerjasama PAS dengan UMNO juga nyata menepis dakwaan hanya wujud pertandingan dua penjuru sahaja di dalam pilihan raya akan datang.
"Yang didakwa hendak bekerjasama dengan Umno itu tidak betul, itu hanya andaian. Bagi PAS, sehingga ke hari ini kita akan bertanding sebanyak tiga penjuru. Kita akan menentang Umno di mana-mana, begitu juga dengan PH, kita akan lawan.
"Tidak ada istilah dua penjuru, kerana banyak yang akan terjadi pertandingan tiga penjuru," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Terdahulu Presiden PPBM tampil membuat dakwaan kononnya Pakatan Haprak tu akan mempunyai peluang yang cerah untuk menang di dalam PRU14 sekiranya UMNO-PAS bergabung.

Kata Muhyiddin, sekiranya benar hubungan kerjasama antara dua parti berkenaan wujud, maka saingan puak Pakatan Haprak tu akan 'lebih mudah' kerana hanya wujud dua penjuru pentandingan sahaja.
"Kenyataan itu tidak betul kita tidak ada bersekongkol dengan sesiapa. Yang kita ada hanya blok ketiga bersama IKATAN," tepis Mahfodz lagi.
Dalam sidang medianya yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, Muhyiddin turut menyelar PAS kerana bekerjasama dengan UMNO, namun dalam masa yang sama menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang.

Pokok pangkalnya, PAS menganggap kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin itu sebagai langkah pihak terdesak yang terlalu ketandusan modal Politik yang mahu mengelirukan rakyat demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kesian muhyidin. Jdi presiden parti tpi suaranya tenggelam dek madey.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping