Ketika Pengerusi PPBM sibuk memburuk-burukkan kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan negara sehingga ke luar negara, dia sendiri tidak sedar parti yang diterajuinya ketika ini diambang kemusnahan.
Menerusi pendedahan yang dibuat oleh laman portal Utaranews.Com, saban hari parti PPBM dilihat mula hilang kepercayaan dikalangan ahli - ahlinya sendiri. Termasuk mereka yang mengasaskan parti tersebut.
Ini dapat dilihat apabila beberapa ahli PPBM mengambil keputusan untuk keluar parti, antaranya Datuk Mohd Ezam Mohd Nor, Datuk Khairuddin Abu Hassan, dan terbaru, bekas pengasas parti tersebut, Kamarulazman Habibur Rahman.
Oleh sebab mereka kecewa dengan kepimpinan tertinggi parti itu yang bersifat ‘kronisme’ dan pemimpin yang bekerja untuk kepentingan peribadi, Kamarulazman melepaskan kesemua jawatan yang disandangnya iaitu Ketua Penaja PPBM Bahagian Teluk Kemang, Setiausaha Kerja PPBM Pusat dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.
“Saya mula kecewa kerana golongan yang benar-benar bekerja dilayan seperti kelas kedua. Di mana letaknya slogan Bersatu Beramanah Bermaruah?
“Belum pun kita bergerak jauh kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam. Saya mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti apabila hari demi hari, rakan terdekat pimpinan parti mendapat tempat dan kedudukan,” kata Kamarulazman.
Terbaru, hangat pula diperkatakan apabila Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Othman dikatakan bakal meninggalkan parti tersebut selepas dia enggan menafikan atau mengesahkan desas-desus mengatakan beliau akan keluar parti itu tidak lama lagi.
“Setakat ini tiada (nak keluar parti), tapi lepas ni tak tahu lah,” kata Hamidah.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PPBM itu mula menimbulkan kecurigaab dan sekali gus membuktikan bahawa parti itu sedang dilanda masalah kepimpinan yang cukup kronik pada ketika ini.
Hearsay ! Je tu!!. Hehehekikikihahahakahkahkah
BalasPadam