Jumaat, Mei 19, 2017

Salam. Saya telah dianiaya oleh pemimpin PKR. Macam mana saya nak mengadu ya? Beliau telah menjanjikan saya peluang pekerjaan sebagai PA di syarikat beliau sendiri di Kuantan. Juga katanya akan membantu suami saya mendapat pekerjaan baru memandangkan beliau mempunyai ramai kenalan.

Tetapi setelah saya dan suami berhenti dari kerja masing-masing di Kuala Lumpur serta berpindah ke Kuantan, pejabat yang telah dijanjikan oleh pemimpin itu rupanya masih belum ada. 

Saya terkontang - kanting selama 3 bulan di Kuantan ini. Selama 2 bulan yang pertama, saya dibiarkan menumpang di pejabat orang. Dan sejak minggu lepas saya diminta mengemas pejabat beliau yang sudah lama ditinggalkan serta diminta menjadi cleaner pula untuk mencuci office yang lain.

Saya seakan tertipu dengan janji-janji beliau, tetapi terpaksa bertahan kerana mengharapkan gaji bulanan saya. Suami saya sehingga sekarang masih tiada pekerjaan yang YB berkenaan kononnya kata boleh tolong recommend to his friends. 

Saya sangat kecewa dan tertekan kerana memberikan kepercayaan kepada beliau. Sekarang saya dan suami berharap untuk dapat kembali menetap serta bekerja di Kuala Lumpur seperti dulu.

Saya sudah serik dianiaya dan dipergunakan oleh YB PKR ini. Memang dasar penipu. Saya memang dah tak ada hati untuk terus berkhidmat dengan beliau lagi. Sangat tidak profesional.

Ya, beliau sememangnya begitu cilik. Saya tertipu dengan penampilan beliau yang kelihatan seperti orang baik - baik. Kecewa sangat! Sungguh pun dianiaya oleh beliau sehingga kehidupan saya tunggang - langgang di Kuantan ini, saya terpaksa redha.

Cuma saya memerlukan bantuan sedikit dana untuk kembali semula bekerja di Kuala Lumpur bagi mengubah nasib. Saya telah turun ke KL sebanyak 2 kali untuk bulan ini sahaja, dan ada 2 lagi interview Jumaat ini di sana.

Dengan suami saya yang tiada pekerjaan, kehidupan saya hanya mampu bergantung pada gaji yang diberikan oleh YB PKR itu sebagai seorang cleaner dipejabat orang lain.

[PS: Aduan diatas telah dikirimkan kepada blog ini melalui email bagi meluahkan rasa hatinya terhadap penganiayaan yang dilakukan oleh seorang YB PKR!!!]
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Siapa YB berkenaan YB Ktn ke YB Inderamahkota?.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping