Jumaat, Mei 19, 2017

Pada 11 Mei lalu, tamat sudah hubungan politik diantara parti PAS dan PKR. Majlis Syura Ulama telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaluf Siyasi antara PAS dan PKR secara rasminya telah terbatal.

Selepas putusnya hubungan ini, hubungan kedua-dua parti semakin teruk dan seolah-olah sukar dipulihkan lagi. Ini dapat dilihat apabila parti Islam itu dan PKR saling bercakaran dalam pelbagai isu.

Isu hangat yang buat kedua parti yang pernah menjadi rakan sekutu sebelum ini, bertegang urat dan saling bercakaran ketika ini adalah mengenai kedudukan tiga Exco PAS Selangor. Tiga Exco PAS berkenaan digesa meletakkan jawatan susulan putusnya hubungan politik diantara kedua parti.

Presiden PKR, didakwa cuba untuk membalas dendamnya kepada pas kerana menamakan Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 2013.

Itulah yang didakwa oleh bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tan Tuan Tat. Hal ini ekoran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih Azmin yang dicalonkan PAS, sedangkan DAP dan PKR pada waktu itu masih berada didalam Pakatan Rakyat, hanya mencalonkan Wan Azizah.

Jadi, setelah PAS memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR sepertimana yang dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, Wan Azizah mengarahkan agar exco PAS Selangor untuk meletakkan jawatan.
“Kerana tak dapat jadi Menteri Besar, jadi Wan Azizah mahu balas dendam kepada PAS?” soal Tuan Tat.
Selain itu, Tuan Tat juga turut menempelak dan mempersoalkan kedudukan Wan Azizah yang cuma ADUN Kajang tetapi dilihat cuba mengatasi kedudukan Azmin selaku Menteri Besar.
“Adakah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali selaku Menteri Besar lebih berkuasa ataupun Presiden PKR Wan Azizah yang cuma ADUN Kajang?
“Pemecatan exco cuma boleh dibuat oleh Sultan Selangor. Apa Wan Azizah nak cakap Selangor tak ada Sultan ke? Atau Wan Azizah lagi berkuasa daripada Sultan?. Tolong hormat Sultan,” kata Tuan Tat.
Bukan setakat isteri bekas Ketua Pembangkang itu sahaja membuat desakan itu, malah Setiausaha Agung DAPogs, Lim Guan Eng turut mendesak tiga exco PAS Selangor melepaskan jawatan daripada pentadbiran Negeri.

Susulan daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Wan Azizah kemudiannya mengarahkan semua ahli PKR yang memegang jawatan lantikan di Kelantan melepaskan jawatan ekoran tidak lagi mempunyai kerjasama dengan PKR.

Sehubungan itu, Tuan Tat turut mempersoalkan lagi sama ada keputusan Wan Azizah itu mendesak exco PAS meletakkan jawatan itu dibuat atas arahan parti rasis dan cauvinis DAPigs?

Ini kerana pengkhianatan Wan Azizah kepada PAS ini adalah sama seperti pengkhianatannya kepada pengundi, sungguhpun dia hanya dianggap sebagai "Pemanas Kerusi" suaminya yang kini sedang meringkuk dipenjara diatas kesalahan meliwat!!!

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping