Khamis, Mei 04, 2017

Hahaha!!! Seingat kita, orang yang mula - mula menularkan isu berkaitan dengan 'Lompat Parti' ni pun bukannya orang lain. Tapi kepala Si Ketua Penipu tu juga yang mencetuskan ideanya.

Jadi, tak heran la sekiranya isu berkaitan dengan perkara yang sama juga turut menjadi jajaan Politik Murahan puak PKR tu untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap parti itu sendiri.

Secara dasarnya, kepimpinan PKR pada ketika ini bukan sahaja sedang dilanda 'Sindrom Paranoid'. Tetapi mereka juga sedang berhadapan dengan kepincangan dalaman yang kronik.

Bermula dengan wujudnya kem Wan Azizah menentang kartel Azmin dan kemudiannya merebak ke isu - isu lain yang dikaitkan dengan penyelewengan mula menyelubungi parti itu.

Malah pendirian yang dibuat oleh kepimpinan PAS untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik bagi menghadapi PRU yang akan datang juga memberikan impak besar kepada PKR.

Itu belum cerita lagi pasal isu Rasuah yang turut melibatkan gejala 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR pada ketika ini. Sudah pasti ianya bertambah parah.

Nak pulak apabila isu berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh pemimpin - pemimpin muda PKR kini mula menjadi bahan bualan hangat dikalangan ahli Politik Kedai Kopi.

Bagi sesetengah pendapat, kemelut yang sedang melanda PKR pada ketika ini memang cukup kronik dan ianya sudah mencapai ke satu tahap yang sangat membimbangkan mereka.

Terutama sekali apabila Si Ketua Penipu tu mula disumbat ke dalam penjara menyebabkan PKR pada ketika ini menjadi terumbang ambing dan diselubungi dengan seribu satu kecelaruan.

Maka sudah pasti sesuatu perlu dilakukan. Satu per satu langkah yang diambil PKR sebelum ini telah memakan diri mereka sendiri sehingga menyebabkan pemimpin kanan parti itu hilang kemaluan.

Nak tuduh PAS terima habuan dari UMNO, ada dikalangan ahli sendiri yang pertikai kerana tidak ada bukti yang ditampilkan. Nak dakwa PAS bersekongkol dengan UMNO pun diorang tak mampu.

Jadi nak tak nak, terpaksa la PKR tu wujudkan satu isu yang boleh mengeluarkan diri mereka dari terus diselubungi dengan kontroversi dengan mewujudkan satu kontroversi yang lebih BESAR!

Maka lahir la cerita kononnya ada dikalangan wakil rakyat PKR itu yang nak keluar parti sehingga menyebabkan Rejim Pakatan Selangor tu terbubar. Apa yang pasti, semua itu hanya taktik PKR untuk mengelirukan rakyat dengan cara MENIPU diri mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping