Jumaat, Mei 05, 2017

Hahaha!!! Bacul betul Si Rafizi ni rupanya ya. Ingatkan selama hari ini, dia yang cukup lantang buat desakan itu dan ini terhadap Anak Ikan Si Mak Lampir tu berani sangat buat laporan.

Kiranya setakat pandai berkokok je la Si Rafizi ni ye tak. Kalau tidak, sebelum ni bukan main lagi Si Rafizi tu suruh Anak Ikan Si Mak Lampir tu isytiharkan harta dia dan sebagainya.

Bahkan, 'Pakar Strategi PKR' tu juga turut membuat desakan agar tindakan diambil terhadap Anak Ikan Si Mak Lampir tu supaya isu berkaitan dengan kes rasuah dia tidak dikaitkan dengan parti.

Tapi hakikatnya, Si Rafizi tu sendiri dilaporkan tidak pernah tampil membuat sebarang laporan terhadap mana - mana pihak, termasuk kepada Jawatankuasa Biro Disiplin parti sekali pun.

Maknanya, Si Rafizi tu hanya sekadar mendiamkan diri dari mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan partinya dikaitkan dengan kes rasuah Si Anak Ikan Mak Lampir tu.

Menurut kenyataan dari Pengerusi Lembaga Disiplin PKR kepada pihak media menyatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak terhadap Anak Ikan Si Mak Lampir tu.

Bahkan dia juga turut memaklumkan tidak menerima sebarang aduan daripada Rafizi Ramli meskipun Naib Presiden PKR itu acap kali mengkritik dan menegur salah laku Adam secara terbuka.
"Rafizi membuat kenyataan media. (Tapi) Setakat ini saya belum dapat apa-apa. Lembaga Disiplin PKR hanya akan bertindak jika mendapat aduan rasmi daripada mana-mana pihak yang melaporkan," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Kenyataan itu dibuat bagi meberikan maklum balas mengenai tindakan disiplin yang bakal diambil PKR susulan enam pertuduhan yang dihadapinya iaitu memberi keterangan palsu ketika siasatan SPRM berhubung kekayaan luar biasa miliknya.

Untuk rekod Adam didakwa di Mahkamah Seskyen Kuala Lumpur pada 21 April lalu atas enam pertuduhan kerana memberi keterangan palsu di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Secara tidak lansung, tindakan Si Rafizi itu membuktikan bahawa dia sendiri tak bertanggungjawab untuk membasmi gejala rasuah yang sedang menular dikalangan pemimpin parti.

Malah sebelum ini pun, sewaktu dia menuduh wujudnya 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor, Si Rafizi tu ada buat laporan kepada SPRM. Tapi kemudian dia senyap juga.

Itu pun mujur la kes Anak Ikan Si Mak Lampir ni mendapat perhatian rakyat kerana ianya telah didedahkan secara umum. Kalau kes mengenai kekayaan luar biasa yang dimilikinya tidak diketahui orang luar, sampai kiamat pun Si Rafizi tu takkan bukak mulut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping