Isnin, Mei 01, 2017

Heh! Nampak gayanya, sindrom Paranoid yang dialami oleh Si Menteri Besar Selangor ni semakin bertambah kronik sampai tahap dia tidak mampu untuk menerima hakikat yang terpampang didepan mata.

Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat seolah - olah selesa untuk terus menipu dirinya sendiri dengan menganggap kononnya PAS masih lagi akan memberikan sokongan kepada dirinya dan juga Pakatan.
Walhal, parti itu sudah banyak kali membuat kenyataan dan menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan kembali menyertai gabungan parti pembangkang itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Bahkan pada ketika ini, PAS juga sudah membuat ketetapan dan menerima usul secara sebulat suara tanpa bahas untuk memutuskan sebarang hubungan kerjasama Politik diantara mereka dengan PKR.

Namun malangnya, Si Menteri Besar Selangor tu masih bermimpi bahawa PAS akan kekal memberikan sokongan kepada dasar 'Satu Lawan Satu' menentang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Kita perlu duduk berbincang dan saya percaya kaedah itu sudah digunakan sejak sekian lama (dalam kalangan pembangkang). Terlalu banyak perkara dan isu yang sangat sensitif berlaku sebelum ini tertapi semuanya dapat ditangani melalui perundingan dan konsensus,” kata beliau.
Jika dilihat dari satu sudut, memang PAS menyokong dasar Satu Lawan Satu seperti mana yang dinyatakan oleh Si Menteri Besar Selangor tu. Tapi sokongan PAS itu turut disertakan dengan syarat yang cukup ketat.

PAS buat sekian kalinya menegaskan bahawa mereka tidak mahu parti lain dikalangan Pakatan Haprak tu bertanding dikawasan yang dianggap sebagai 'Kerusi Tradisi' mereka dalam PRU yang akan datang.

Nak pulak bagi sebuah parti yang secara terbuka menentang dasar perjuangan mereka seperti PAN. Maka persoalannya, adakah PAN sanggup tunduk dan akur dengan syarat yang ditetapkan oleh PAS sebelum ini?

Sedangkan nak selesaikan masalah pembahagian kerusi dikalangan mereka pun masih belum dapat dilaksanakan sehingga ke hari ini, masih lagi Si Menteri Besar Selangor tu mengharapkan PAS mahu bersetuju dengan kehendak dan kemahuan Pakatan? Dasar tak sedar diri sungguh!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping