Isnin, Jun 05, 2017

Bila seorang budak yang baru setahun jagung dalam Politik cuba melontarkan pandangan berkaitan politik, selalunya kita kena pilih - pilih kandungannya sebab jarang ada yang berkualiti.

Itulah yang berlaku apabila Ketua Armada PPBM cuba memuji Azmin Ali melambung-lambung berhubung pemberian bonus 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri Selangor.

Menerusi pujian yang dimuatnaik melalui laman makro Twitternya, dia dengan sinis memerli Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri kerana hanya memberikan bonus sebanyak RM500.00 sahaja kepada kakitangan awam di seluruh negara.

Kata Si Budak Hingusan yang dilabelkan oleh Si Mamat Botoks tu sebelum ini, jumlah yang diberikan Kerajaan Pusat itu adalah amat kecil dan menjadi petunjuk keadaan ekonomi negara yang lemah.

Mungkin Budak Hingusan tu sengaja menggelapkan beberapa fakta berikut dalam usahanya untuk cuba memanjangkan hayat politik Azmin menjelang PRU-14. Atau mungkin dia sedang melobi DEDAK dari Menteri Besar Selangor tu.

Mari kita ulangi beberapa perkara mengenai isu yang dibangkitkan oleh Budak Hingusan tu supaya dia tak cepat sangat sampai 'KLIMAKS' nak mengampu Azmin untuk mendapatkan DEDAK.

PERTAMA, Azmin Ali menggelarkannya sebagai bonus tetapi Kerajaan Pusat mengklafikasikan pemberian wang tunai ini sebagai Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017.

KEDUA, Pemberian bonus oleh Rejim Pakatan Selangor adalah terhad kepada 21,700 orang sahaja sedangkan bantuan kewangan oleh kerajaan pusat meliputi sejumlah 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 orang pesara kerajaan.

KETIGA, implikasi kewangan yang ditanggung oleh Rejim Azmin melalui pemberian bonus ini hanya sebanyak RM50 juta sahaja manakala implikasi kewangan Kerajaan Pusat ialah sebanyak RM1 bilion.

KEEMPAT, Pembayaran bonus Rejim Azmin dibuat secara berperingkat dan dibayar sebanyak TIGA KALI dalam tempoh setahun, bukannya sekaligus seperti yang disangka oleh orang ramai.

KELIMA, Pemberian bonus oleh Rejim pimpinan Azmin Ali adalah berat sebelah kerana jumlah bonus dinilai berdasarkan jumlah gaji yang diterima sebaliknya bantuan kewangan oleh kerajaan pusat adil kepada semua penerima tanpa dibeza-bezakan oleh kadar gaji yang diterima.

KEENAM, Pekerja swasta, persendirian, penganggur dan sebagainya tidak berpeluang merasai bonus sebagaimana kakitangan awam negeri Selangor meskipun turut membayar cukai dan menanggung beban kos sara hidup yang sama.

TAPI, Kerajaan Pusat pula memberi bantuan kewangan kepada semua yang layak melalui BR1M dan banyak lagi skim bantuan kewangan lain jika hendak disenaraikan di sini. 

Seperti tahun-tahun sebelum ini, BR1M agihan kedua bagi tahun 2017 akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi membolehkan orang ramai membuat persiapan menyambut hari raya masing-masing.

Justeru adalah sangat dangkal jika sekiranya Budak Hingusan dari parti Cap Bunga tu hendak buat bandingkan pemberian bonus Rejim Azmin dengan bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat.

Seeloknya, Si Budak Hingusan tu balik buat kajian dulu sebelum nak memalukan diri dia sendiri depan orang ramai tak tentu arah. Kot ya pun dia nak cuba mengampu Azmin untuk mendapatkan DEDAK, jangan la sampai nak mem-BODOH-kan diri dia sendiri pulak!!!

*Darul Ehsan Leaks*
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Biasalah budak2 fikiran belum matang.

    BalasPadam
  2. PKR kena ingat bukan 21 ribu k/tangan awam negeri Selangor tu yg menangkan mereka dlm PRU 13 tempoh hri. Rakyat 3 juta negri Selangor tu yg menangkan mereka dapat apa ??? lopong aja dengar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping