Isnin, Jun 05, 2017

Hahaha!!! Siapa sangka mereka yang Pro PAN ni pun boleh merasa kecewa dengan sikap yang dipamerkan oleh pimpinan PKR Kelantan berhubung isu lantikan Politik baru - baru ini.

Kata Shahbudin Husin, walaupun Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu telah membuat keputusan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan Kelantan perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta susulun keputusan Pas memutuskan hubungan dengan PKR, dilaporkan belum ada yang berbuat demikian sehingga ini.
"Ia disahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob yang berkata, "Mereka (pemimpin PKR) tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berjalan seperti biasa."
"Kenapa boleh jadi begini? Mengapa arahan yang dikeluarkan oleh Biro Politik PKR tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri?" soalnya.
Dilaporkan juga Adun PKR Guchil, Mohamad Roslan Puteh memberitahu, sehingga ini semua lantikan politik itu belum meletakkan jawatan kerana masih berlaku rundingan di antara kerajaan negeri dengan PKR pusat berhubung perkara itu.
"Rundingan apa lagi? Perlu apa berunding lagi sedangkan Biro Politik PKR sudah membuat arahan yang jelas mengenainya dan Pas pula sudah memutuskan hubungan dengan PKR?
"Apakah dalam hal ini Biro Politik PKR perlu membuat arahan sekali lagi atau  di mata rakyat, PKR pun akhirnya dilihat tidak jauh berbeza dengan Pas juga?" soalnya lagi.
Pokok pangkalnya, luahan yang dibuat oleh blogger Pro PAN itu membuktikan bahawa pemimpin PKR Kelantan itu bukan sahaja memalukan parti, tetapi menunjukkan sikap seolah - oalh mereka ni lebih mementingkan jawatan dari menjaga maruah Pakatan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan kecewa sbb depa tak dak apa2 jawatan. Kerusi yg ada skrg pun kerusi yg buat pelari pas punya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping