Selasa, Jun 27, 2017

Zaid Ibrahim cuba menjadi samseng agama apabila berasa jijik dengan permintaan seorang juruterbang Air Asia meminta para penumpang dalam penerbangan Perth-Kuala Lumpur berdoa ketika pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal.

Melayu DAP itu sebenarnya cuba mengkagumkan ketua-ketuanya kononnya dia memperjuangkan liberalisme dan menentang sebarang pemaksaan elemen-elemen Islam ke atas orang bukan Islam.

Sudah pasti manusia bernama Zaid Ibrahim ini mahu matinya dan diuruskan oleh agama, bukannya mayatnya dicabik-cabik dan diberi makan anjing liar atau burung nasar.

Ironinya dia cuba menghalang kebebasan beragama orang lain. Juruterbang itu tidak memaksa mana - mana penumpang untuk berdoa mengikut cara umat Islam berdoa.

Sebaliknya setiap penumpang yang ada dalam penerbangan tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bebas berdoa dengan gaya atau keperluan mereka sendiri termasuklah golongan Atheis.
"Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth hadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.
"Juruterbang seharusnya memberi harapan dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang. Sekiranya Air Asia mahu ceburi bidang agama, lantik Imam dan Paderi yang betul," tulis Zaid Ibrahim di Twitternya.
Dalam setiap agama, terutama sekali Islam, umat digesa dan dituntut agar memperbanyakkan doa, baik ketika senang dan mewah apatah lagi ketika susah.

Apa yang dilakukan dan disuarakan oleh Zaid Ibrahim sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menunjukkan kejahilannya dalam beragama walau apa agama yang dianutinya kini malah walaupun dia seorang atheis atau liberalis.

Categories:

1 ulasan:

  1. Mungkin tuhan itu tak penting baginya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping