Rabu, Jun 14, 2017

Harapan PAS agar pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meneruskan khidmat dalam kerajaan negeri Kelantan sehingga PRU14  adalah bukti kematangan berpolitik pemimpin parti Islam itu.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, walaupun PAS dan PKR akan bertanding antara satu sama lain, kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri elok dipertahankan.
“Pendirian pemimpin PAS dalam isu implikasi pemutusan kerjasama politik dengan PKR masih konsisten di mana PAS sebagai peneraju kerajaan Kelantan tidak bertindak terburu-buru membuang pemimpin PKR dari jawatan mereka.
“Ini selaras dengan pendirian pemimpin PAS bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat di dalam PRU13 perlu dipertahankan sehingga menjelangnya PRU14 sekali gus mendorong mereka bersetuju kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.
“Kemampuan membezakan antara pemutusan kerjasama politik di peringkat parti dengan peringkat pentadbiran kerajaan negeri menjadi petunjuk kepada Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diterapkan oleh pimpinan PAS ke dalam parti itu,” katanya.
Kamarul Zaman berkata demikian sebagai  mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada sesi soal jawab sempena majlis berbuka puasa PAS di Kuala Lumpur bahawa Kerajaan Kelantan berharap pemimpin PKR terus berkhidmat sehingga PRU14.

Penganalisis politik itu berkata, dalam isu penerusan khidmat pemimpin PKR ini, Biro Politik PKR terburu-buru membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuat kuasa serta-merta.
“Ini kononnya dibuat bagi menunjukkan kesungguhan PKR berpegang kepada prinsip berbanding kepentingan peribadi pemimpin walhal kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri juga boleh dihujahkan atas dasar prinsip, termasuk menghormati mandat rakyat.
“Ada kemungkinan keputusan Biro Politik PKR itu didorong oleh hasrat sesetengah pemimpin PKR supaya pemimpin PAS turut menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, tetapi bila Menteri Besar dan Sultan mahu status quo dikekalkan maka ia tidak lagi berbangkit.
“Terpulang kepada pemimpin PKR untuk kekal dengan keputusan awal mereka atau tidak,” katanya.
Beliau juga bimbang,  keputusan tersebut tidak dipatuhi oleh sesetengah pemimpin PKR di Kelantan, menyebabkan mereka diambil tindakan atau keluar menyertai PAS, maka ia akan menimbulkan implikasi yang lebih negatif pula kepada imej PKR di peringkat nasional.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping