"Siapa pernah pelawa mereka sertai Pakatan?" Nah! Ambik setepek. Ini baik punya ucapan Raya buat Si Ezam Kotak dan Si Khairudin Botoks tu ikhlas daripada pemimpin PPBM.
Jika sebelum ini, kedua - dua pemimpin yang pernah menyertai PPBM itu tampil menyatakan rasa kecewa terhadap kepimpinan parti yang pernah mereka sertai pada suatu ketika dahulu itu.
Namun luahan rasa kecewa mereka itu bukan sahaja tidak diendahkan oleh kepimpinan parti tersebut. Bahkan sebaliknya, mereka telah dihina secara terbuka oleh pemimpin parti tersebut.
Ketua Penerangan parti itu berkata, seperti yang difahami, Parti Generasi Baru tidak pernah dipelawa untuk menyertai Pakatan. Jadi, mereka tidak ada kena-mengena dengan Pakatan mahupun PPBM.
"Saya agak pelik juga, aneh juga ni. Parti Generasi Baru ni ada siapa-siapa minta dia masuk Pakatan Harapan ke?
"Tiadakan? Jadi kalau tiada sesiapa yang menjemput dia, dia nak masuk, dia nak keluar, itu dia punya keputusan tiada kena mengena dengan kita," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Malah katanya parti yang dipengerusikan Si Ezam Kotak tu tidak sepatutnya menjadikan PPBM sebagai punca menarik diri kerana sudah awal lagi diketahui tentang kewujudan parti itu dalam Pakatan.
Tambahnya lagi, sebagai sebuah parti luar, Parti Generasi Baru tidak mempunyai hak untuk memberikan sebarang kritikan tentang apa yang berlaku termasuk berkaitan isu calon Perdana Menteri.
"Jadi saya agak anehlah, nak masuk tapi kemudian buat keputusan tak nak masuk, selepas tu salahkan kita pula, tiada kena mengena bukan dia tidak tahu yang kita ada dalam tu (PH).
"Dia tak masuk lagi, dia yang nak masuk, dia yang nak keluar. Kalau dah masuk parti kemudian bergaduh dan keluar tu ada juga alasan dia, ini masuk pun belum lagi dan dia tiba-tiba menyalahkan kita pula, apa kena-mengena.
"Itu masalah dia, tiada kena mengena dengan kita. Kita tak pernah jemput dia masuk pun, saya fikir tiada sesiapa pun dalam PH yang menjemput dia masuk, tapi terserah pada dia, kalau dia nak masuk lepas tu barulah PH bermesyuarat nak terima tak nak terima."
Dalam erti kata lainnya, PPBM menganggap parti pimpinan Si Ezam Kotak dan Si Khairuddin Botoks tu hanya Songeh tak tentu pasal, meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal. Bahkan kenyataan yang mereka lakukan hanya ibarat macam Anjing Menyalak Bukit!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.