Ahad, Jun 25, 2017

Pulak dah!!! Yang tak keluar dari UMNO tak heran la kalau dia nak tuduh diorang tu makan dedak walaupun dakwaan itu tidak mempunyai asas yang kukuh. Yang dah keluar parti, masuk parti dia pun dia tuduh makan dedak juga?

ARMADA PPBM hari ini tampil menepis dakwaan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ada anggota pemuda itu telah ditawarkan sejumlah wang tunai yang lumayan sekiranya sanggup meninggalkan parti itu.

Perkara itu ditegaskan oleh salah seorang Exco sayap parti itu ketika dihubungi Antarapos semalam, selain menyatakan rata-rata ahli ARMADA hanya fokus untuk memperjuangkan parti dan tidak pernah sama-sekali mementingkan soal wang ringgit.
"Perkara ini tidak betul sebab kita masuk parti pun, keluar daripada Umno pun tidak berkira tentang duit semua ni dan kita hanya nak memperjuangkan parti itu dahulu, itu sahaja, katanya.
Khamis lalu, dalam satu penulisan di laman blognya, Dr Mahathir mendakwa terdapat anggota ARMADA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah disogok dengan wang berjumlah RM10,000 hingga RM50,000 sekiranya mereka sanggup meninggalkan parti itu.

Sementara itu kata Wahazir, perkara sedemikian mungkin ditimbulkan berikutan tindakan beberapa ahli ARMADA sebelum ini yang membuat beberapa sidang media bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin itu.
"Dia (Tun M) mungkin ada salah faham sikit pada peringkat awal tu yang sebelum kita buat PC itu semua, mungkin ada salah faham sikit di antara pemimpin dan juga beberapa rakan exco yang lain, jadi ini mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang, jadi timbul isu macam tu," ujar beliau lagi.
Terdahulu, kemelut di dalam PPBM timbul lagi selepas seorang exco ARMADA Muhammad Hafiz Azhar membuat gesaan terhadap Pengerusi Tun Dr Mahathir bagi menjelaskan mengenai kekayaan anak-anaknya yang diperoleh dalam masa yang singkat, dan mahu Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tuduhan skandalnya dengan seorang wanita yang sehingga kini dakwanya masih belum terjawab.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping