Berkaitan serangan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendakwa Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman telah memasuki perangkap yang dipasangnya apabila tampil membuat laporan polis.
RPK dalam tulisan terbaharu di blognya berkata laporan polis Syed Saddiq itu seperti mengulangi kesilapan yang dilakukan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu yang membuat laporan polis terhadap buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM”.
Katanya, selepas Syed Saddiq membuat laporan polis ke atasnya, mengikut undang-undang pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan.
“Dan jika polis memanggil saya – misalnya ke Bangkok – untuk mengambil keterangan, maka saya terpaksa ke Bangkok dan bertemu polis.
“Kemudian saya perlu mendedahkan nama tiga exco pemuda anda yang pernah dimaklumkan mengenai rancangan pengumuman DoJ pada 15 Jun 2017.
“Dan ini bermakna tiga anggota exco itu sudah terheret bersama dalam isu ini kerana polis akan memanggil mereka untuk dirakam keterangannya,” katanya.
Jika polis mendapati dakwaan itu benar, katanya, maka ia mungkin sama seperti suatu konspirasi.
“Konspirasi berlaku apabila dua orang atau lebih bertindak secara terancang untuk melakukan jenayah. Dan konspirasi untuk menghancurkan negara dan/atau perdana menteri dengan niat untuk melunturkan keyakinan orang awam dan asing kepada negara dan merosakkan ekonomi negara sama dengan sabotaj ekonomi.
“Pendek kata, ini adalah perbuatan khianat dan anda adalah rakan subahat yang boleh didakwa dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, jenayah yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.