Rabu, Jun 21, 2017

Jika sebelum ini, seorang penganalisis Politik mendakwa tindakan Si Ketua Penipu tu buat pengumuman untuk tidak lagi mahu merebut jawatan Perdana Menteri sebagai satu sindiran kepada Tun Mahathir.

Kali ini, AMK mengambil peluang tersebut dan membuktikan bahawa pengumuman Si Ketua Penipu itu benar - benar satu sindiran dan bukannya hasrat ikhlas yang diluahkan oleh pemimpin PKR itu.

Angkatan Muda Kecoh (AMK) hari ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman yang sama seperti Si Ketua Penipu itu untuk tidak menawarkan diri sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Timbalan AMK, kemudiannya berkata Dr Mahathir seharusnya menggunakan kapasitinya sebangai 'negarawan' untuk memberi nasihat dan panduan kepada gagasan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Kami berharap Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan dapat memberikan komitmen bahawa beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekaligus tidak menawarkan diri untuk menjadi calon perdana menteri,” katanya memetik laporan sebuah portal.
Pemimpin AMK itu seterusnya berkata, meskipun terkilan dengan pendirian yang dibuat oleh Si Ketua Penipu itu berhubung isu jawatan tersebut, AMK bagaimanapun menghormati keputusannya.

Namun dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri Malaysia itu beranggapan ada pihak dikalangan pemimpin PKR membuat dakwaan dengan memberikan gambaran seolah - oalah dia mahu merampas Pakatan.

Pengerusi PPBM itu mendedahkan kesangsian PKR terhadap terhadap dirinya itu adalah kerana sejarah silamnya dengan Si Ketua Penipu itu yang kini sedang meringkuk di dalam penjara.
“(Saya fikir ada antara mereka) bimbang, mereka sangsi, mereka merasakan saya masih mahu berkuasa, (dan) merampas parti mereka, pemikiran seperti ini," kata Mahathir kepada Channel News Asia hari ini.
Pokok pangkalnya, Tun Mahathir tu sendiri perlu sedar bahawa PKR tidak akan sesekali menerima dia kembali sebagai seorang pemimpin diatas tindakan yang telah dilakukannya sebelum ini.

Selama hari ini, kepimpinan PKR seringkali melabelkan Tun Mahathir seorang pemimpin yang "Mahakejam" dan "Mahazalim" sewaktu mentadbir Kerajaan yang turut dianggap sebagai Diktator.

Jadi bagaimana mungkin mereka boleh sewenang - wenangnya menerima bekas Perdana Menteri itu sebagai pemimpin tertinggi mereka? Diorang terima Tun Mahathir hari ini pun sebab nak menjadikan dia sebagai 'Keldai Tunggangan' diorang. Bukannya nak jadikan dia permimpin!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping