Jumaat, Jun 09, 2017

Dah la diorang bengkak kena sindir dengan PAS dan juga penyokong - penyokong PAN serta dilabelkan sebagai Gila Jawatan. Sekarang, pemimpin PKR Pusat pulak dok sibuk bagi tekanan kepada mereka.

Wakil pimpinan PKR di Kelantan akan tetap meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri, namun masih perlu menyelesaikan beberapa urusan berkaitan pentadbiran terlebih dahulu.

Justeru kata Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Abdul Kadir, pihaknya meminta supaya pimpinan PKR pusat tidak terlalu menggesa sebaliknya memberikan masa untuk mereka menyelesaikan urusan berkenaan. 
"Bila nak letak jawatan ini perlu ada urusan-urusan yang nak diselesaikan, itu sahaja kita mohon dari (PKR) pusat supaya tidak (arah) letak serta merta itu sahaja, tidak letak serta merta supaya ada masa, itu sahaja sebab ada benda-benda yang tidak selesai lagi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang memaklumkan sehingga kini wakil PKR di Kelantan masih tidak bertindak balas terhadap arahan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu mereka meletak jawatan, susulan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.  

Izzah pada semalam juga dilaporkan berkata, PKR akan membuat ketetapan baru selepas wakilnya enggan akur pada arahan parti untuk melepaskan jawatan masing-masing di negeri pimpinan PAS itu. 

Dalam pada itu ketika ditanya tentang isu-isu pentadbiran yang masih lagi belum selesai, Abdul Aziz bagaimanapun enggan menerangkannya lebih lanjut. 

Malah tambah Abdul Aziz, pihaknya sehingga kini masih lagi belum mempunyai tarikh tetap untuk menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada kerajaan negeri. 

Abdul Aziz sebelum ini berkata penyerahan surat peletakan jawatan wakil pemimpin PKR Kelantan itu kepada Rejim PAS akan dilakukan secara serentak dan berkumpulan.

Untuk rekod, mesyuarat Biro Politik PKR pada 17 Mei lalu menetapkan agar semua wakil parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS, melepaskan jawatan masing-masing susulan keputusan menamatkan tahaluf siyasi antara mereka.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping