Walaupun sebelum ini PAS menyatakan hasrat mahu bertanding di Parlimen Lembah Pantai, namun bagi Nurul Izzah itu tidak menjadi penghalang kepada dia untuk kekal dikawasan tersebut.
Sebaliknya, Si Nurul Izzah tu tetap berikrar akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang dimenanginya sejak 2 penggal lalu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.
Dalam masa yang sama, Si Nurul Izzah tu juga turut menolak dakwaan kononnya majoriti pengundi Melayu di Lembah Pantai menolak dia kerana tidak gemar caranya menyelesaikan masalah rakyat.
“Tentu (saya akan pertahankan kerusi Lembah Pantai). Pada saya, komitmen kita di Lembah Pantai berterusan, saya terima arahan daripada parti dan begitulah yang kita teruskan,” katanya ketika melawat mangsa terbabit dalam insiden lif jatuh di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi pada 28 Mei lalu yang mencederakan 9 penduduk, termasuk warga emas.
“Saya akan tetap lawan, berusaha sebaik mungkin. Selama 2 penggal saya di sini, saya yakin bukan semua orang Melayu yang akan mendokong Umno-BN kerana kita tahu tahap populariti Najib Razak hanya sekitar 16 hingga 18% sahaja.”
Mengulas lanjut, naib presiden PKR itu berkata, walaupun berlaku pemindahan pengundi pos dari luar kawasan Lembah Pantai, dia tetap akan melawan BN menggunakan isu semasa.
“Saya boleh tekankan bagaimana bukan sahaja peringkat Wilayah Persekutuan, malah juga Selangor secara keseluruhan membantah proses persempadanan semula yang dilakukan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
“Sehingga hari ini tidak dinamakan 2 pakar topografi dan geografi yang memberikan alasan kenapa 7,000 pengundi pos dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dimasukkan ke dalam Lembah Pantai, walaupun berada di luar kawasan.
“Warga kota jauh lebih bijak menilai, mereka tahu bagaimana dalam negara ini, termasuk di Kuala Lumpur atas dasar politik, diluluskan beberapa perkara,” katanya yang mengakui berdepan kesukaran pada PRU14 disebabkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Sebagai rekod, Si Nurul Izzah tu menang dikawasan Parlimen Lembah Pantai menggunakan taktik Politik Kotor dengan menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Bukannya dia menang sebab dia memperjuangkan rakyat!!!
Nurul jgn rasa selesa di lembah pantai. Undi pru akan datang bukan mcm pru lepas. Tak mustahil akan kecundang.
BalasPadam