Jumaat, Jun 02, 2017

Individu yang akan diangkat menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 serta mendapat persetujuan daripada majoriti Ahli Parlimen gabungan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan dari Pengarah Komunikasi PKR, pemilihan bakal calon Perdana Menteri bagi gabungan itu belum menjadi satu keputusan yang kritikal buat masa ini.
"Seperti yang disebut oleh Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail, Perdana Menteri nanti akan dipilih dalam kalangan ahli-ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, maka individu itulah yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri, jadi prosesnya agak jelas dari segi prosedur dan perlembagaan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Pemimpin PKR itu berkata, proses untuk menentukan siapa bakal menjadi calon jawatan Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak itu akan berlaku pada masa yang tepat kelak.
"Saya rasa anggota dan pimpinan Keadilan (PKR) satu suara satu hati terutama dalam usaha untuk mengangkat martabat rakyat dan memperjuangkan agenda rakyat, seperti yang saya sebutkan tadi, siapa yang menjadi Perdana Menteri nanti akan dipilih dalam kalangan ahli-ahli parlimen, bila kita tiba ke saat itu, maka proses itu secara automatik akan berlaku", katanya.
Kenyataan pemimpin PKR itu secara tidak lansung memberikan gambaran bahawa parti itu mahu Tun Mahathir bertanding dalam Pilihan Raya Umum sekiranya mahu menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi PPBM itu semalam berkata dia tidak akan menolak sebarang kemungkinan akan mempertimbangkan jawatan selaku Perdana Menteri sekiranya diminta oleh puak Pakatan Haprak tu. 

Berkata pada siaran langsung di akaun Facebooknya, mantan Perdana Menteri itu menyatakan dia tidak bersetuju dengan cadangan itu tetapi bersedia untuk menerimanya jika perlu. 

Presiden PKR, Wan Azizah sebelum ini pernah menyatakan secara terbuka kerelaannya untuk menjadi 'Pemanas Kerusi' jawatan Perdana Menteri sementara menunggu suaminya keluar penjara.

Bahkan dalam Kongres Nasional PKR baru-baru ini juga riuh dengan sokongan dari akar umbi parti yang mahu Si Ketua Penipu tu menjadi Perdana Menteri serta membangkitkan semula desakan supaya Ketua Umum PKR itu dibebaskan dari penjara.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Calon yg tak layak semuanya. Dah ada rekod buruk sebelum ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping