Ahad, Jun 04, 2017

Memang bukan sesuatu yang mudah untuk kita mengakui kesilapan yang kita lakukan. Tetapi dengan mengakui kelemahan diri sendiri itu sebenarnya boleh membuktikan kekuatan kita.

Namun malangnya, itu bukan konsep yang dapat diterima oleh puak - puak PPBM ni. Mereka sehabis boleh cuba nak sembunyikan kelemahan dengan cara menipu diri mereka sendiri.

Jika sebelum ini, tersebar secara meluas dalam laporan media sehingga menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat mengenai kepincangan yang sedang berlaku dalam kepimpinan parti itu.

Ianya ekoran tindakan beberapa orang pemimpin serta ahli parti yang bertindak meninggalkan parti itu secara beramai - ramai. Dan yang paling tinggi ialah seramai 1000 orang di Perak.

Namun, masih dalam Sindrom Penafian, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PPBM memperlihat ketidak-sediaan mereka menerima keputusan yang telah dibuat oleh ahlinya sendiri.

Sebaliknya, mereka seolah - olah cuba nak menutup apa yang berlaku itu dengan pelbagai alasan serta membuat berbagai andaian demi untuk menyedapkan hati dan telinga mereka sendiri.

Diantara alasan yang menjadi kebiasaan digunakan oleh pemimpin parti itu ialah dengan mendakwa kononnya kedudukan parti itu di Perak pada ketika ini masih lagi kekal utuh dan teguh.
“Tahap perpaduan alam ikalangan 20 lagi ketua-ketua penaja bahagian adalah sangat kuat dibawah pengerusi badan pimpinan negeri. Bahagian-bahagian yang ketuanya telah meletakkan jawatan akan segera mendapat Ketua baru apabila urusan perlantikannya selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, tambah memalukan lagi ialah apabila Presiden parti itu pulak tampil mempertikaikan jumlah mereka yang keluar parti. Kononnya kata dia, jumlah itu tak masuk akal.

IRONIKnya, jika benar parti itu tidak mengalami sebarang masalah dalam yang kronik, kenapa Ketua Pemudanya baru - baru ni meroyan tak tentu arah suruh Naib Presiden letak jawatan?

Tidakkah tindakan Ketua Pemuda PPBM itu membuktikan bahawa kemelut dalam konflik kepimpinan parti itu kini sedang berhadapan dengan masalah yang cukup kronik pada ketika ini?

Walau apa pun alasan yang diberikan, biar pun banyak mana spekulasi yang cuba diputar-belitkan, hakikatnya parti itu jelas tidak mempunyai sokongan yang padu diperingkat akar umbi. Maka sebab itu diorang sanggup kencing diri diorang sendiri!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping