Ahad, Jun 04, 2017

Lawak tahap apa yang cuba dilakukan oleh Si Tokong DAPigs ni? Kenapa pulak dia perlu buat laporan mengenai penjualan tanah kepada dirinya sendiri? Siapa yang Si Guan Eng ni cuba nak kencing?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menafikan dakwaan bahawa kononnya penjualan tanah Peel Avenue dilakukan secara berseorangan.

Dakwaan itu dikemukakan oleh parti GERAKAN yang mempersoalkan mengenai isu penjualan tanah Peel Avenue tanpa melalui tender terbuka dan dilakukan oleh Guan Eng secara berseorangan.

Namun, kata Si Guan Eng, keputusan untuk menjual tanah tersebut bukan keputusan dirinya sendiri. Sebaliknya ia dibentang oleh Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah.

Malah, kata Guan Eng, penjualan tanah itu tidak dibuat secara tender terbuka adalah disebabkan tanah itu telah diserahkan kepada anak syarikat negeri, Chief Minister Incorparated (CMI).

Sehubungan dengan itu, Guan Eng tampil mencabar parti GERAKAN agar membuktikan dakwaan kononnya keputusan untuk menjual tanah tersebut dilakukannya secara berseorangan.
“Can Gerakan show proof that I, the chief minister, decided the sale on my own? I challenge that person to show proof, or else he is a liar,” he said at a press conference in Komtar today.
Cuba kita tengok balik siapa yang terlibat. PERTAMA, keputusan menjual tanah tu perlu mendapat 'Consent' atau kelulusan dari Ketua Menteri. Siapa Ketua Menteri Pulau Pinang? DIA jugak.

KEDUA, tanah tersebut telah diserahkan kepada anak syarikat negeri, CMI menyebabkan tiada tender terbuka dibuat. Siapa Pengerusi anak syarikat CMI tu? Siapa lagi kalau bukan DIA jugak.

Dan KETIGA, Si Guan Eng tu kata, laporan mengenai penjualan tanah itu dibuat oleh Exco yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal tanah sewaktu Majlis Mesyuarat Negeri. Siapa Exco tersebut? DIA jugak.

Jadi, kalau dah semua pihak yang terlibat seperti mana yang disebut oleh Si Guan Eng tu mempunyai kaitan dengan dirinya sendiri, bermakna Si Guan Eng tu perlu membuat laporan mengenai penjualan tanah tu kepada siapa kalau bukan DIA JUGAK!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. nama sama...orang lain2 tu...khakhakhaaa....sprm tak boleh masuk siasat ker?dah terang2 salah guna kuasa....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping