Sabtu, Jun 03, 2017

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tindakan BIADAP pemimpin PKR yang memberikan ucapan didalam Masjid baru - baru ini mengundang rasa murka Tuanku Sultan Selangor sendiri.


Walaupun sebelum ini, Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa perkara itu sudah diperjelaskan kepada Tuanku Sultan, namun ianya jelas tidak meredakan kemurkaan baginda.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya murka dengan tindakan Ahli Parlimen Subang PKR, R Sivarasa yang memasuki Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang minggu lalu.

Sultan Selangor bertitah, tindakan Sivarasa itu sudah melampaui batas kerana baginda sudah berkali-kali melarang mana-mana ahli politik daripada berucap di dalam masjid bagi mengelak perpecahan dikalangan umat Islam.
“Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan Beta ingin menegaskan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, ‘You have crossed the line!’
“Jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar kawasan masjid, beta tidak menghalangnya,” kata baginda  semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Glenmarie, Shah Alam hari ini.
Tegas baginda lagi, penceramah atau pensyarah luar yang mahu menyampaikan ceramah dan tazkirah mestilah mendapatkan kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar layak.

Baginda turut menggesa supaya nazir masjid, imam dan ahli jawatankuasa masjid mengambil berat titah yang disampaikan dan tidak membenarkan tempat ibadah sebagai tempat untuk berpolitik.
“Beta mahu masjid dan surau digunakan untuk tempat beribadat dan tempat untuk kita menuntut ilmu agama serta dijadikan tempat untuk mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam supaya tidak berpecah-belah dan berpuak-puak,” katanya.
Menurut baginda, tindakan tegas tidak teragak - agak akan diambil terhadap mana - mana nazir atau imam masjid yang menggunakan Masjid sebagai tempat untuk sesiapa pun berpolitik.

Apa yang jelas, insiden yang dilakukan oleh pemimpin PKR itu membuktikan bahawa parti itu bukan sahaja tidak mengendahkan titah Sultan, sebaliknya mempamerkan sifat tidak menghormati institusi Raja - Raja Melayu yang menjadi amalan di Malaysia!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Blog UMNO kau tunggu lah surat saman fitnah...rasa lah kau nanti.

    BalasPadam
  2. cepat2 le antar surat saman tu...jgn nanti kata gurau2 jer plak mcm si lapiji bila dh kantoi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping