Jumaat, Julai 14, 2017

Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh PAS tatkala bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir berubah pendirian dan menyokong pembebasan Si Ketua Penipu tu dari Penjara baru - baru ini.

Bukan sahaja PAS, malahan seluruh rakyat Malaysia masih lagi tertanya - tanya mengenai dakwaan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir terhadap bekas Timbalan Perdana Menterinya itu.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PAS mempersoalkan tuduhan Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu sebagai seorang Peliwat sehingga menyebabkan dia digugurkan dari jawatannya.
“Kita nak tanya, apakah tuduhan liwat terhadap Anwar sebelum ini tidak benar. Adalah pelik Mahathir sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.
“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri.
“Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.
Dalam buku peribadi tulisan Tun Mahathir, A Doctor In The House bab 53 yang bertajuk, "Anwar's Challenge", Tun sendiri mengakui bahawa Si Ketua Penipu itu sebagai seorang Peliwat.

Antara lain, Tun Mahathir mengakui bahawa dia pernah berjumpa seorang demi seorang "Saksi" terhadap perlakuan Homoseksual yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu itu secara peribadi.

Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir didalam buku tulisannya itu adalah satu pengakuan terbuka terhadap tuduhan bahawa Si Ketua Penipu itu seorang Homoseksual.

Malahan, Tun juga turut membuat pengakuan bahawa dia tidak dapat menerima seorang yang mempunyai karekter buruk sedemikian rupa untuk menjadi penggantinya dimasa akan datang.

Maka persoalannya, adakah kenyataan yang ditulis sendiri oleh Tun Mahathir didalam bukunya itu sebagai satu penipuan yang sengaja dilakukan secara terang - terangan dalam keadaan dia masih sedar? Persoalan itu yang masih belum dijawab sehingga ke hari ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Madey dah terjerat antara kepentingan diri dgn realiti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping