Jumaat, Julai 21, 2017

Itu satu persoalan yang perlu dijelaskan sejelas - jelasnya kepada rakyat. Kenapa sehingga ke hari ini, bekas Perdana Menteri Malaysia itu masih membiarkan dirinya diselubungi spekulasi?

Padahal, persoalan itu cukup mudah untuk dia jelaskan. Cukup hanya dia sekadar berlaku jujur kepada dirinya sendiri. Kemudian sudah pasti rakyat boleh menerima apa yang nak disampaikan.

Soalannya cukup mudah. Dari dulu lagi orng asyik bertanya benda yang sama sewaktu mula - mula dia bangkit menentang Datuk Seri Najib secara peribadi. Dan persoalan itu tidak pernah berubah.

SIAPA YANG DIA NAK JADI PERDANA MENTERI? Itu sahaja persoalannya yang perlu dijawab oleh Tun Mahathir. Bukan susah sangat pun soalan yang diajukan itu. Tapi kenapa dia tak jawab?

Masa mula - mula Tun Mahathir mahu menentang Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dulu pun, soalan yang sama juga turut diajukan. Siapa yang dia nak menggantikan tempat tersebut?

Siapa calon yang dia nak menggantikan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri? Namakan seorang calon yang difikirkan layak untuk menyelesaikan masalah yang telah dibangkitkan.

Tapi malangnya, sehingga ke hari ini Tun Mahathir masih enggan menamakan calon Perdana Menteri pilihannya. Kenapa dia tak nak umum nama calon tersebut? Sebab dia takut songeh ke?

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir pernah mengakui bahawa dia sudah tersalah pilih calon penggantinya sebelum ini. Bukan sekali dia pernah tersalah pilih. Bukan juga dua kali.

Tapi dah banyak kali!!! Bermula zaman Tun Musa Hitam. Kemudian ke zaman Anwar Ibrahim. Selepas itu zaman Tun Abdullah Badawi. Dan sekarang zaman Datuk Seri Najib pulak.

Mungkin sebab itu Tun Mahathir masih enggan menyatakan secara terbuka siapa calon pemimpin yang dia mahu menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan tempat Datuk Seri Najib.

Balik - balik, jawapan yang diberikan tetap sama. Kata Tun, sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri. Tapi bila dinamakan calon tertentu, dia tetap menolak dengan pelbagai alasan yang diberikan.

Dan jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir itu sebenarnya bukan satu jawapan. Sebaliknya ia hanya sekadar satu manipulasi minda untuk mengelirukan rakyat secara keseluruhannya.

Maka sebab itu rata - rata masyarakat hari ini membuat spekulasi mengatakan bahawa Tun Mahathir mahu anaknya sendiri, Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Ruang untuk rakyat mencipta spekulasi tu pun Tun sendiri juga yang berikan. Jadi, jangan dia nak salahkan orang lain!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Biarkanlah Mahathir terjun dengan labunya. Ianya tidak akan kemana, mana mungkin dendam si Nuar dan Kit Sian serta para pejuang reformasi dapat melepaskan si Mahathir ini dengan begitu sahaja.Kita tunggu akan permainan ini sesungguhnya ianya baharu sahaja bermula. Jika terjadi yang pakatan akan memerintah tidak mustahil orang pertama yang akan di humbang ke dalam penjara ialah Mahathir kerana mereka lebih banyak tahu akan rahsia yang masih belum terbongkar. Terutamanya Anuar yang terkesan secara langsung dimalu aibkan maruah dan di penjara akibat salah laku seksual.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping