Rabu, Julai 19, 2017

Kita lari sekejap dari bercerita mengenai Politik. Tapi apa yang nak didedahkan ini juga ada kaitannya dengan taktik Politik yang diguna-pakai oleh kebanyakkan pasukan Bolasepak Dunia.

Ramai yang mengetahui bahawa sekarang ni merupakan tempoh pemindahan pemain atau yang turut dikenali sebagai 'Player Tranfering Window' bagi kelab - kelab bolasepak ternama didunia.

Maka hari - hari la kita dengar pasukan itu buat tawaran ini dan itu ke atas pemain - pemain yang mereka mahu untuk beraksi mewakili pasukan mereka bagi menghadapi musim yang akan datang.

Malah ada juga kelab yang membuat tawaran kepada pemain yang dibeli dengan harga yang mencecah ratusan juta ringgit. Nak pulak bagi pemain - pemain yang memang sudah ada namanya sendiri.

Walaupun pada asasnya, pemain itu dibeli untuk mengukuhkan pasukan dan mencipta kemenangan dalam musim yang akan datang, namun ada taktik lain yang sengaja disembunyikan.

Adakah kita mengetahui bahawa ada diantara pemain - pemain yang dibeli itu bukan bertujuan untuk beraksi dalam pasukan tersebut, sebaliknya hanya untuk menyukarkan pihak lawan?

Pernah satu ketika dahulu, ada sebuah kelab bolasepak gergasi di dunia membeli semua pemain terbaik yang ada. Tapi tak semua pemain itu dapat bermain dalam barisan kesebelasan utama.

Sebaliknya, mereka hanya menjadi pemanas kerusi simpanan sahaja walaupun mereka dibayar gaji beratus ribu ringgit. Akhirnya, prestasi pemain itu sendiri semakin menurun dan tidak menyerlah.

Taktik pasukan itu membeli pemain yang terbaik adalah untuk menyukarkan pihak lawan mengatur strategi dan menganggu psikologi mereka. Maka sebab itu mereka sanggup berhabisan duit.

Dan jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga sedang digunakan oleh Tun Mahathir pada ketika ini. Dia saja je pancing kata dia nak bebaskan Si Ketua Penipu tu. Sedangkan hakikatnya, dia bukan nak Si Ketua Penipu tu jadi Perdana Menteri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping