Selasa, Ogos 08, 2017

Hahaha!!! Walaupun Si Menteri Besar Selangor tu menganggap tindakan yang mahu diambil itu 'Serius', namun ada juga yang melabelkan ianya sebagai satu bahan jenaka semata - mata.

Nak pulak apabila hasrat Si Menteri Besar Selangor yang mahu memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara (IGP) itu disampaikan oleh Si Tipah Koyak. Memang semakin kelakar jadinya.

Selasa lalu, Azmin melalui peguamnya menghantar notis undang-undang kepada Khalid menuntut pegawai tertinggi polis itu menjalankan tugas dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low.
“Tetapi kerana dia tidak peduli, MB telah mengarahkan kami untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya, dan menambah pihaknya akan memaklumkan pemberita bila Azmin akan memfailkan saman itu.
Jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tipah Koyak itu membayangkan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu marah apabila tuntutan yang dibuat terhadap IGP lansung tidak diendahkan.

Namun, apa yang menghairankan ialah kenapa Si Menteri Besar Selangor tu marah sangat sehingga dia sanggup mengambil tindakan sedemikian? Apa yang cuba dibuktikan sebenarnya?

Tambah IRONIKnya ialah apabila Si Menteri Besar Selangor itu sendiri enggan mengambil tindakan terhadap Rafizi yang telah menuduh Rejim Pakatan yang dipimpinnya terlibat dengan rasuah.

Rafizi melalui dakwaannya sebelum ini mendedahkan wujudnya gejala 'Rasuah Betina' dikalangan pemimpin dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin.

Malah, Pakar Strategi kesayangan PKR itu juga turut membuat laporan berserta 'Bukti' kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM supaya siasatan boleh dilakukan.

Namun, tak sampai beberapa hari, SPRM mendedahkan bahawa laporan yang dibuat oleh Si Rafizi itu tidak benar dan tidak wujud sebarang aktiviti rasuah seperti mana yang telah didedahkan.

Herannya, kenapa Si Azmin tu tidak memfailkan saman terhadap Rafizi kerana membuat tuduhan fitnah ke atas Rejim pentadbirannya sedangkan ia melibatkan maruah serta imej kepimpinannya?

Jika benar Si Azmin tu nak memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan, suruh dia pergi saman Si Rafizi tu dulu la. Jangan sibuk nak saman orang lain kalau maruah dan kemaluan diri sendiri pun dia tak pandai nak lindungi!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Hahaha memang kelakau la MB kesayangan rakyat Selangor nie.. rumah sendiri berselerak... nak cuci rumah orang... memang perihatin dan jiwa rakyat ... bila nak belanja ais krim?

    BalasPadam
  2. Menteri besar yg kecik ilmu..
    Siapa dia nak arah polis?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping