Jumaat, Ogos 04, 2017

Bagi PKR, soal nak menjaga imej dan maruah parti ni bukan merupakan satu keutamaan. Sebaliknya, diorang lebih sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri masing - masing.

Maka sebab itulah pemimpin PKR ni sanggup membelakangkan ketetapan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti secara terbuka. Baik yang berada diatas mahupun yang berada dibawah. Sama je perangainya.

Perkara itu yang menyebabkan PKR GAGAL menyelesaikan secara muktamad isu peletakan jawatan lantikan Politik di Kelantan pada tarikh ditetapkan menyebabkan imej pucuk pimpinan PKR Kelantan dan PKR Pusat di mata masyarakat jatuh merudum.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia memperlihatkan PKR Kelantan keras kepala, serta tidak berdisiplin, selain PKR Pusat tidak tegas dan hilang kawalan.
“Ramai yang tahu mengenai arahan asal Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, supaya 56 lantikan politik ini meletakkan jawatan serta-merta, tetapi tarikh ini diubah kepada 31 Julai atas sebab yang beliau sifatkan teknikal.
"Sudah tular dalam media sosial rakaman ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran, pada 27 Jun lalu berkata “Presiden menetapkan bahawa 31 Julai ini macam mana pun semua letak jawatan”.
“Begitu pun, tarikh ini berlalu tanpa sebarang peletakan jawatan, di mana Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, sekadar memaklumkan bahawa mereka sedang menunggu arahan rasmi baru dari PKR Pusat.
"Tidak dinafikan imej PKR tercalar dalam isu ini, malah ramai yang menyindir bahawa mereka lebih mementingkan imbuhan yang datang bersama jawatan berbanding prinsip perjuangan dan kebersamaan dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bahawa pihaknya belum menerima apa-apa surat letak jawatan dari 56 lantikan politik PKR tetapi bersikap terbuka kepada mereka.

Ujar penganalisis politik itu lagi, isu ini menyerlahkan sikap terburu-buru pemimpin PKR Pusat di dalam membuat keputusan mengenai politik tempatan sedangkan 56 lantikan politik ini seharusnya dirujuk terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.
“Bila keputusan dibuat maka ia seharusnya dilaksanakan tanpa sebarang dolak-dalik, barulah masyarakat dan ahli parti akan hormat kepada PKR Pusat, tetapi bila PKR Pusat sendiri tidak tegas maka pandangan umum ialah PKR Pusat sangat lemah.
“Jika betul PKR Pusat orang perjuangan, mereka mesti melaksanakan keputusan itu tanpa bimbang kehilangan sebahagian daripada 56 lantikan politik ini selaras kata-kata Ketua Umum PKR, usah bicara pasal perjuangan jika takut kepada risiko.
“Sebaliknya, jika didapati arahan awal supaya 56 lantikan politik ini meletakkan jawatan silap, PKR Pusat perlu akui kesilapan, beri arahan baru supaya semua 56 lantikan politik ini kekal dan beri penjelasan mengapa arahan awal ditarik balik,” katanya.
Menurut Kamarul Zaman, isu ini penting kepada kelangsungan Pakatan Harapan di Kelantan kerana penyertaan 56 lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri memperlihatkan ketidaksepaduan jentera Pakatan Harapan di Kelantan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping